Translate

30/10/2017

MCA JANGAN HIRIS HATI MELAYU

SEJAK bila orang Cina menyokong atau mengundi MCA? Atau MCA sahaja yang terlebih perasan? Selama ini bukankah MCA hanya menang di kawasan majoriti Melayu? Jika Umno tidak memberi laluan kepada MCA untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu, dan seterusnya menang, apakah MCA boleh jadi seperti adanya MCA pada hari ini? Mempunyai kekananan dalam jawatan Menteri  dan perkhidmatan awam. Tidak ketinggalan, mempunyai begitu banyak bangunan sendiri dan jutawan yang dilahirkan dengan nama yang berbeza-beza.

MCA ini tahu atau tidak percaturan politik? Bersyukurlah wahai parti Cina MCA. Sila ambil cermin paling besar dan lihat muka sendiri. Tanya diri sendiri? Semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi sehingga ke hari ini atas ehsan siapa? Melayu atau Cina?

Jika terlampau ULTRA KIASU, berhentilah daripada menjadi ahli politik kerana kehadiran dan kemunculan kenyataan kamu amat mengguris hati-hati Melayu. Jangan hiris lagi hati mereka yang telah memenangkan kamu? Sedar dirilah bahawa keberuntungan yang kamu perolehi hari ini adalah ehsan orang Melayu.

MCA memperolehi 18 kerusi dalam PRU 13. Daripada tujuh (7) kerusi Parlimen MCA, enam (6) adalah majoriti Melayu ataupun lebih ramai pengundi Melayu daripada pengundi Cina. Manakala, daripada 11 kerusi DUN, 9 adalah majoriti Melayu ataupun lebih ramai pengundi Melayu daripada pengundi Cina. 

29/10/2017

BUGIS INDONESIA MASIH TUNGGU MAHATHIR MOHON MAAF

JAKARTA: Masyarakat keturunan Bugis di Indonesia masih menunggu permohonan maaf secara terbuka daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah mengeluarkan kenyataan ‘menghina' keturunan etnik itu dalam satu perhimpunan pembangkang di Selangor baru-baru ini.

Konsul Kehormat Malaysia di Sulawesi, Halim Kalla berkata seluruh keturunan Bugis di Indonesia terutamanya di Sulawesi sangat tersinggung dengan kenyataan Dr Mahathir dan mereka telah menyampaikan bantahan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.

"Saya juga telah menyampaikan rasa kekesalan dengan kenyataan Dr Mahathir itu kepada Duta Besar Malaysia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan memberitahu masyarakat Bugis mendesak supaya Dr Mahathir memohon maaf atas keterlanjurannya," kata beliau kepada Bernama di sini, Rabu.

Katanya, sebagai bekas pemimpin yang pernah disegani dunia, Dr Mahathir tidak sepatutnya menghina mana-mana keturunan di dunia ini dan jika telah terlanjur cakap, beliau juga tidak seharusnya berdiam tanpa memohon maaf.

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang pada 14 Okt lepas telah mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyebut sebagai keturunan ‘LANUN BUGIS'.

27/10/2017

MADEY LAYAK DIGELAR PENYANGAK MALAYSIA

TUN MAHATHIR DEDAHKAN TEMPUH 22 TAHUN SELAYAKNYA DIGELAR DARUL PENYANGAK

1. Rancak terlajak bilamana Tun Mahathir berbicara perihal Malaysia, yang mana hari ini negara Malaysia akhirnya diikhtiraf sebagai DARUL PENYANGAK oleh Tun M... panjang Tun M berbicara tentang ciri2 sebuah Darul Penyangak, dan ia disampaikan dengan begitu terperinci...

2. Maka, benarlah sepertimana janji dan doa yg pernah diucapkan oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dalam parlimen satu ketika dulu, "Semoga Allah panjangkan umur Dr. Mahathir agar dia dapat melihat sendiri akibat dari dosa2 lampau yg pernah dia lakukan..." - Ustaz Fadzil Noor

Bukan saja melihat, malah Tun M sendiri sedang bercerita, mendedahkan dan membuka pekung busuk yg membelenggu dirinya selama ini... hinggakan rakyat dapat melihat sendiri cara pemikiran dan prinsip Tun M, dari mulut dan penulisannya sendiri...

3. Tanpa Tun m sedari, apa yg ditulis sebenarnya adalah diri Tun M sendiri... Tun M sedang bercerita tentang perilaku, perbuatan, pengkhianatan dan kemungkaran yang telah dilakukannya selama memegang amanah 22 tahun sebagai Perdana Menteri... tidak lebih dan tidak kurang...

4. 1MDB hanya satu perumpamaan... Tun M cuba gambarkan kesalahan yg konon telah dilakukan oleh DS Najib menggunakan 1MDB... hakikatnya, Tun M sedang menceritakan apa yg pernah dia lakukan menggunakan BBMB, BMF, FOREX, PERWAJA dan banyak lagi... semua ini telah digunakan oleh Tun M sebagai platform untuk merompak kekayaan hasil minyak milik negara... dan ia dilakukan dengan begitu licik dan terancang...

26/10/2017

MALAYSIAN MAVERICK MAHATHIR MOHAMAD IN TURBULENT TIME

Buku ini mengariskan dengan terperinci penyelewengan demi PENYELEWENGAN YANG DIBUAT OLEH TUN MAHATHIR termasuklah dakwaan RM100 billion wang negara yg digelapkan oleh Mahathir.

Tulisan Mendiang Barry Wain seorang penulis Inggeris yang terkenal dan berintergriti.


Tindakan Tun Mahathir yang paling bijak ialah menghalang buku tersebut dari diedar di negara ini walau pun pasaran utama adalah negara ini ketika ia diterbitkan.  Persoalannya mengapa Tun Mahathir menghalang buku ini dari diedar sedangkan sekiranya terdapat salah fakta atau salah maklumat nama penulis dan nama penerbitnya jelas terpapar. Sepatutnya jika salah fakta berlaku ia sepatutnya disusuli dengan tindakan saman. 

Mengapa?


dan perkataan paling lucu yg pernah saya ingat apabila Tun Mahathir menyebut "Eh jangan caya media barat"


Sumber: KLIK DISINI

25/10/2017

TIGA SOALAN SEBELUM MENUKAR KERAJAAN

ADA beberapa persoalan yang perlu anda fikir dan jawab sebelum membuat keputusan menukar kerajaan hari ini.

PERTAMA, sudah tentulah kerajaan hari ini perlu dibuktikan sangat teruk sehingga ia tidak dapat diperbaiki lagi. Anda mesti menunjukkan hujah-hujah yang kuat kenapa tiada pilihan lain, selain menukarnya. Perkara-perkara buruk itu mestilah anda alami sendiri. Dan perkara-perkara itu mestilah adalah berpunca daripada tindakan atau di bawah kawalan kerajaan.

Mendengar dakwaan-dakwaan musuh kerajaan begitu sahaja, tentulah tidak adil. Tiada musuh yang akan bercakap baik tentang musuhnya. Mempercayainya membabi-buta adalah tindakan yang tidak cerdik, apatah lagi ia perkara menukar kerajaan.

Anda perlu membuktikannya sendiri dengan apa yang anda lalui sendiri. Jika hanya sekadar mendengar dakwaan-dakwaan pembangkang, ia tidak kuat. Banyak yang lebih kepada persepsi dan perang saraf (propaganda) pembangkang semata-mata, misalnya negara ini sudah tentu lama bankrap kerana ia telah diperkatakan oleh penentang kerajaan sejak dahulu.

Ramai orang menuduh kerajaan menindas rakyat, tetapi mereka tidak dapat menunjukkan apa penindasan itu. Fikiran mereka keliru kerana terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dimainkan pembangkang.

24/10/2017

LIM GUAN ENG HANYA TERIMA NASIHAT DARIPADA PAP ???

AMARAN RISIKO BENCANA SUDAH DIBERI, KERAJAAN DAP TIDAK PEDULI

Tapak tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah semalam merupakan kes pertama yang dibawa Penang Forum kepada pengetahuan Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung risiko bencana akibat pembangunan di lereng bukit.

Jurucakap Penang Forum, Dr. Lim Mah Hui berkata, kes itu diketengahkan pihaknya menerusi inisiatif Penang Hills Watch yang memantau aktiviti penggondolan bukit di negeri ini.

Katanya, laporan mengenai kerja-kerja di lereng bukit itu dibawa kepada pengetahuan Kerajaan DAP Pulau Pinang pada Januari lalu dan jawapan yang diterima pihaknya adalah – “kerja-kerja tanah sedang dipantau”.
“Kita sekali lagi menghantar laporan mengenai kerja-kerja di lereng bukit itu kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang pada Mei lalu namun tiada sebarang jawapan atau maklum balas diberikan. katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

23/10/2017

OTAK MADEY SEMAKIN SENGET DAN SAMPAI KEPENGHUJUNG

Campur Tangan Kerajaan Dalam MAS. Bellew Sangkal 100% Kenyataan Tun Mahathir

Ketika kerajaan mengumumkan perlantikan Peter Bellew sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Tun Mahathirlah paling awal mengutuk kerajaan kerana melantik rakyat asing menerajui MAS.

Tun Mahathir seperti biasa menyalahkan Najib dalam perlantikan ini seolah olah MAS sudah terlepas ketangan bangsa asing.

Seperti biasa apabila Mahathir marah mahacacai Tun yg menganggap Tun suci murni akan turut marah walau pun tahap pengetahuan mereka setaraf lulusan SRP.

Terkini apabila Peter Bellew melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksukitif Tun Mahathir kembali marah kepada Najib dan kerajaan kerana kononnya campur tangan dalam urusan pentadbiran MAS sebagai penyebab mengapa Peter Bellew melepaskan jawatannya diposisi nombor satu didalam Syarikat penerbangan negara itu.

Seperti biasa apabila Tun Mahathir marah, MAHACACAI TUN akan turut marah tanpa mempersoal bukankah perletakkan jawatan itu seumpama orang mengantuk disorangkan bantal memandangkan Tun Mahathir lah yang mempertikai perlantikan Peter Bellew sebelum ini?

19/10/2017

SELEWENG RM1.5B: SHAFIE APDAL DITAHAN

PRESIDEN Parti Warisan Sabah ( WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditahan selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9 malam hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terbabit.

Difahamkan, SPRM akan memohon perintah reman terhadapnya di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, esok. 

Sebelum itu Mohd Shafie tiba di pejabat SPRM di Kompleks Pentadbiran Persekutuan, Jalan Sulaman, kira-kira jam 5.15 petang tadi.


Sumber: KLIK DISINI

18/10/2017

TEMBAK ISTERI DEPAN ORANG RAMAI

SEORANG tentera Thailand menembak mati isterinya yang sedang hamil di depan orang ramai di sebuah pasar raya di wilayah Udon Thani.

Sirinporn Chumboonchu, 40, meninggalkan rumah di Kanchanaburi, awal bulan ini, selepas mengetahui suaminya, Pichet, 41, mempunyai wanita simpanan dan pulang ke rumah keluarganya di Udon Thani, sejauh 400 kilometer.

Pichet mengekorinya dan ketika bertemu dengan isterinya di sebuah pasar raya Jumaat lalu, mereka bertengkar sebelum dia menembak isterinya tiga kali dari belakang selepas wanita itu mahu bercerai.

Isterinya mati di hospital manakala Pichet cedera di dada terkena tembakan pistolnya sendiri.


Polis bagaimanapun, yakin Pichet bukan mahu membunuh diri sebaliknya tertembak dirinya ketika mahu mengeluarkan peluru yang tersekat.

Peluru sesat juga mengenai kaki seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dan dada seorang pembantu jualan berumur 32 tahun yang kini dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis wilayah Udhon Tani, Kolonel Suchat Uthayo, berkata anggota tentera itu ditahan kerana membunuh dan membawa senjata api di tempat awam.

“Dia menggunakan pistol automatik 9mm dan punca pergaduhan mereka si isteri tahu Phicet mempunyai wanita simpanan.

“Isterinya enggan kembali kepadanya, malah mahu bercerai,” katanya. - Daily Mail

16/10/2017

PAKATAN HAPRAK , BIADAP DAN MEMALUKAN RAKYAT MALAYSIA DIMATA DUNIA

Peserta Himpunan Pakatan Harapan Biadab, Duduk Atas Jalur Gemilang
Selain sambutan hambar Himpunan Pakatan Harapan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di Padang Timur, Petaling Jaya, pada Sabtu lepas, himpunan tersebut dicemari dengan insiden penghinaan terhadap bendera kebangsaan, Jalur Gemilang.
Kelihatan seorang wanita dan seorang lelaki duduk di atas Jalur Gemilang yang dihamparkan di atas padang berkenaan.
Tindakan kedua-dua mereka dimuatnaik pengguna Facebook dengan nama akaun, Joe Najib.
Menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak menghormati lambang kebanggaan negara, Joe menegaskan bahawa ramai perajurit negara telah berkorban mempertahankan maruah bendera negara.
“Tidak kisah anda penyokong politik sebelah mana.
“Tetapi ramai askar dan nenek moyang kita sudah mati dalam usaha untuk mengibarkan bendera kita. Dan kamu menggunakannya untuk memastikan punggung bersih.
“Tak payah nak sibuk panggil orang pendatang bila kamu sendiri tak hormat bendera tanah air.
“Semakin melampau diorang ni,” tulisnya.

Memalukan, Malaysiakini Pun Nafikan Jumlah Kehadiran Yang Diumum Oleh Pakatan

Dakwaan yang sangat keterlaluan sehingga Malaysiakini pun terpaksa memberikan penafian. Betapa memalukannya perkara ini?
Malah 25,000 hanya 25% daripada 100,000. Markah 25 daripada 100 adalah kegagalan teruk.
Penganjur sebelum ini menyasarkan 100,000 penyertaan. Himpunan itu dijangka bermula pukul 4 petang ini sehingga lewat malam.
Ikuti laporan langsung Malaysiakini sekitar himpunan itu.

Jumlah kutipan bagi sumbangan dana pula ialah RM68,329. Wang itu akan digunakan untuk menampung kos penganjuran himpunan, dan bakinya diagihkan kepada empat parti komponen HARAPAN.


Sumber: KLIK DISINI dan DISINI

14/10/2017

MADEY SEMAKIN NYANYOK DAN PELUPA

Mahathir Pernah Ingatkan Pelajar Universiti, Al-Quran Tidak Ajar Untuk Berdemonstrasi

Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah memberikan ucaptama dalam Konvensyen Kepimpinan Melayu Muda Nusantara (Nusa’14) pada Disember 2014 dengan intipati ucapannya mengingatkan pelajar universiti bahawa Al-Quran tidak mengajar mereka untuk berdemonstrasi.
Sebaliknya, sebagai pelajar Mahathir berkata mereka diamanahkan untuk belajar bersungguh-sungguh, apatah lagi banyak wang telah dibelanjakan oleh ibu bapa.
Beliau berkata, jika pelajar tidak belajar secukupnya sampai menjadi pakar, ia menunjukkan bahawa pelajar itu belum menunaikan janji kepada ibu bapanya.
Itu kisah kira-kira tiga tahun lepas. Tetapi kini nada Mahathir yang juga PENGERUSI PAKATAN HARAPAN telah berubah.
Daripada seorang yang amat bencikan demonstrasi dan himpunan jalanan, beliau kini akan MENGETUAI HIMPUNAN HAPUS KLEPTOKRASI yang akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya pada Sabtu.
Segala nasihat yang disampaikan oleh Mahathir menunjukkan beliau sendiri CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN.
Mahathir kini telah berubah 180 darjah. Mungkin disebabkan faktor usia hingga beliau terlupa apa yang pernah dibencinya suatu masa lalu.
Sumber: KLIK DISINI

11/10/2017

ABANG MAT SABU CALON KETUA MENTERI PULAU PINANG???

Tak ramai yang mahu menebang hutan. Terpaksa berdepan dengan binatang buas, mungkin disengat ular, kala jengking atau tebuan. Di sana juga ada duri-duri berbisa selain hantu jembalang yang khabarnya berpuaka.
Begitulah ibaratnya ketika idea KETUA MENTERI MELAYU pertama Pulau Pinang julung kali saya lontarkan. Umpama menebang hutan—terutama ketika belum pernah dalam sejarah Malaysia mempunyai ketua menteri Melayu di Pulau Mutiara.
Pembenci akan terus membenci dan yang otaknya negatif kekal keras kepala.
Samalah halnya ketika gesaan menukar menteri besar Selangor selepas PRU ke-13 lalu. Ramai yang melatah dan mengamuk seperti orang dirasuk saka.
Konon kalau MB Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan tumbang. BN akan mengambil alih. Paling tidak setahun setengah selepas PRU diperlukan untuk akhirnya idea itu berjaya.
Selepas Khalid diganti, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor berjalan elok. Rizab negeri tak berkurang sesen pun.

08/10/2017

MADEY TERKEJUT DAN KECEWA TINDAKAN NAJIB

MANSUH IPP MANSUH AP PUNCA MAHATHIR DESAK NAJIB LETAK JAWATAN!!!

Malaysia Today pernah melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi, sepertimana yang diminta oleh YTL.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan permintaan YTL untuk memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL menyaksikan kilang duitnya telah 'ditarik balik'.

1MDB bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke tarikh luput.

Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25 tahun akan datang.

Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP.

04/10/2017

RAFIZI SOTONG SEMAKIN TERTEKAN DAN GEMBIRA MELIHAT RAKYAT MALAYSIA MENDERITA

Mengapa Rafizi Sentiasa Tidak Gembira?
Saya maklum terhadap rayuan YB Rafizi Ramli untuk berdebat dengan saya mengenai kutipan cukai.
Bagaimanapun, ramai yang berpendapat cabaran ini adalah satu usaha Rafizi untuk memesongkan perhatian dari pertelingkahan dalaman parti mereka dan pihak di luar parti seperti Dato’ Ambiga Sreenevasan di mana Rafizi turut menggelar wanita peneraju gerakan BERSIH itu sebagai anti Pakatan Harapan.
Saya akui pertelingkahan dalaman Pakatan Harapan yang sedang berlaku ini bagaikan satu sarkas dan sangat menarik untuk ditonton.
Terkini hari ini, Rafizi mendedahkan satu perbualan sulit yang memaparkan Ambiga sebagai pihak yang memberikan beberapa dokumen yang menyumbang kepada kegagalan Langkah Kajang untuk menggulingkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagi tidak mengganggu pertelingkahan Rafizi dan memberi ruang kepadanya untuk memesongkan perhatian daripada masalahnya itu, Rafizi patut membuat rayuan yang sama dalam tempoh sebulan dari sekarang. Lagipun, tiada keperluan yang mendesak untuk debat itu diadakan mengenai isu itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...