Campur Tangan Kerajaan Dalam MAS. Bellew Sangkal 100% Kenyataan
Tun Mahathir
Ketika
kerajaan mengumumkan perlantikan Peter Bellew sebagai
Pengarah Urusan Kumpulan dan ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Tun
Mahathirlah paling awal mengutuk kerajaan kerana melantik rakyat asing menerajui MAS.
Tun Mahathir seperti biasa menyalahkan Najib dalam perlantikan ini seolah olah MAS sudah terlepas ketangan bangsa asing.
Seperti
biasa apabila Mahathir marah mahacacai Tun yg menganggap Tun suci murni akan
turut marah walau pun tahap pengetahuan mereka setaraf lulusan SRP.
Terkini
apabila Peter Bellew melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksukitif Tun
Mahathir kembali marah kepada Najib dan kerajaan kerana kononnya
campur tangan dalam urusan pentadbiran MAS sebagai penyebab mengapa Peter
Bellew melepaskan jawatannya diposisi nombor satu didalam Syarikat penerbangan
negara itu.
Seperti
biasa apabila Tun Mahathir marah, MAHACACAI TUN akan
turut marah tanpa mempersoal bukankah perletakkan jawatan itu seumpama orang
mengantuk disorangkan bantal memandangkan Tun Mahathir lah yang mempertikai
perlantikan Peter Bellew sebelum ini?
Peter
Bellew, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines
(MAS) yang melepaskan jawatannya, menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad
bahawa campur tangan politik dalam pengurusan syarikat penerbangan negara ini
menjadi punca beliau meninggalkan syarikat berkenaan.
Bellew menjelaskan beliau tidak berdepan sebarang campur tangan daripada
sesiapa berkaitan apa jua perkara sepanjang tempoh perkhidmatan dengan syarikat
itu sejak menjawat jawatannya pada 1 Julai tahun lepas.
“Tun
(Dr) Mahathir salah sama sekali… 100 peratus salah. Tiada campur tangan, saya
cuma mahu ‘balik kampung’. Ia cukup mudah, tidak ada misteri, tidak ada
kontroversi,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.
Beliau
mengulas catatan terkini dalam blog pengerusi Pakatan Harapan itu yang antara
lain mendakwa peletakan jawatannya disebabkan campur tangan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengurusan syarikat itu.
Bellew
turut menegaskan Najib tidak pernah campur tangan dalam apa jua cara,
sebaliknya, perdana menteri memberi galakan kepada beliau dalam setiap
tindakannya.
Malah,
kata Bellew, Dr Mahathir tidak pernah menghantar sesiapapun untuk mendapatkan
penjelasan berkaitan perkara yang didakwanya itu.
Bellew
mengemukakan peletakan jawatannya pada 8 Okt untuk bertugas dengan Ryanair,
syarikat penerbangan terkemuka Ireland.
Mengenai
pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai penggantinya, beliau berkata Izham
merupakan calon yang tepat bagi jawatan itu.
“Beliau
seorang yang hebat, pengetahuannya sangat luas…saya harap anda akan memberinya
sokongan. Ini bukanlah tugas yang mudah, harapan negara amatlah besar,”
katanya.
Izham,
ketika ini merupakan Ketua Pegawai Operasi MAS, akan menjawat jawatan baharunya
pada 1 Dis sebaik sahaja Bellew, yang kini dalam cuti pentadbiran, mengosongkan
jawatan itu.
Dibawah
saya sertakan wirid baru yg menjadi amalan Tun Mahathir dan mahacacainya yg
diberi nama Wirid salah Najib.
Wirid Salah Najib oleh Mahathir:
1. Org gaji sy berhenti-
salah najib
2. Ringgit jatuh -salah najib
3. Ramai kakitangan kerajaaan - salah najib
4. Madey join DAP - salah najib
5. Madey join musuh ketat dia Anwar -salah najib
6. Proton diselamatkan - salah najib
7. Buat pembangunan keretapi laju -salah najib
8. Bagi BRIM kat rakyat - salah najib
9. Bagi gaji tinggi kat penjawat awam -salah najib
10. Hantar org buat haji - salah najib
11. Tuduh org bugis penyamun -salah najib
12. Buat gst supaya tokey takboleh tipu cukai - salah najib
13. Minyak dunia jatuh - salah najib
14. Kroni tak boleh cari makan - salah najib
15. Shapie Bedal kena cekup pasal rasuah - salah najib
16. AG lama pencen - salah najib
17. KP SPRM. pencen - salah najib
18. Masuk pelaburan asing dari China - salah najib
19. Pelaburan dari arab saudi usahasama dgn petronas - salah najib
20. Amik org luar teraju MAS - salah najib
21. Org luar berhenti MAS dan ganti dgn anak watan - salah najib
22. Selamatkan MAS - salah najib
2. Ringgit jatuh -salah najib
3. Ramai kakitangan kerajaaan - salah najib
4. Madey join DAP - salah najib
5. Madey join musuh ketat dia Anwar -salah najib
6. Proton diselamatkan - salah najib
7. Buat pembangunan keretapi laju -salah najib
8. Bagi BRIM kat rakyat - salah najib
9. Bagi gaji tinggi kat penjawat awam -salah najib
10. Hantar org buat haji - salah najib
11. Tuduh org bugis penyamun -salah najib
12. Buat gst supaya tokey takboleh tipu cukai - salah najib
13. Minyak dunia jatuh - salah najib
14. Kroni tak boleh cari makan - salah najib
15. Shapie Bedal kena cekup pasal rasuah - salah najib
16. AG lama pencen - salah najib
17. KP SPRM. pencen - salah najib
18. Masuk pelaburan asing dari China - salah najib
19. Pelaburan dari arab saudi usahasama dgn petronas - salah najib
20. Amik org luar teraju MAS - salah najib
21. Org luar berhenti MAS dan ganti dgn anak watan - salah najib
22. Selamatkan MAS - salah najib
Sumber: KLIK DISINI