AMARAN RISIKO BENCANA SUDAH DIBERI, KERAJAAN DAP TIDAK PEDULI
Tapak
tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah semalam merupakan kes pertama yang
dibawa Penang Forum kepada
pengetahuan Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung risiko bencana akibat
pembangunan di lereng bukit.
Jurucakap Penang Forum,
Dr. Lim Mah Hui berkata, kes itu diketengahkan pihaknya menerusi inisiatif ‘Penang Hills Watch’ yang memantau aktiviti penggondolan
bukit di negeri ini.
Katanya, laporan mengenai
kerja-kerja di lereng bukit itu dibawa kepada pengetahuan Kerajaan DAP Pulau
Pinang pada Januari lalu dan jawapan yang diterima pihaknya adalah –
“kerja-kerja tanah sedang dipantau”.
“Kita sekali
lagi menghantar laporan mengenai kerja-kerja di lereng bukit itu kepada
Kerajaan DAP Pulau Pinang pada Mei lalu namun tiada sebarang
jawapan atau maklum balas diberikan. katanya dalam
sidang akhbar di sini hari ini.
“Akhirnya semalam, kebimbangan kami terjawab dan apa yang menyedihkan
ia merupakan dalam bentuk tragedi yang meragut 11 nyawa,” katanya dalam
sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Lim Mah Hui, tragedi
tanah runtuh itu dapat dielakkan sekiranya Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi
perhatian terhadap kebimbangan yang disuarakan penduduk serta pelbagai
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak sekian lama.
Malah,
beliau turut melahirkan rasa kesal kerana garis panduan berkenaan pembangunan
di lereng bukit sudah digazetkan tetapi malangnya tidak dipatuhi.
“Dengan berlakunya tragedi ini, apakah ini bermaksud Kerajaan DAP Pulau
Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) melanggar garis panduan mereka sendiri?” katanya.
Ketua
Menteri Lim Guan Eng telah mencadangkan Suruhanjaya Siasatan peringkat negeri
untuk menyiasat kejadian itu. Ia dijangka dibentangkan semasa mesyuarat majlis
eksekutif yang akan datang.
Penang
Forum, bagaimanapun, menyeru Suruhanjaya Siasatan Diraja bebas ditubuhkan untuk
menyiasat apa yang berlaku dan bagaimana kejadian sedemikian boleh dielakkan
pada masa akan datang.
“Semua
pihak, dari atas ke bawah – Jawatankuasa Perancang Negeri, Majlis Bandaraya
Pulau Pinang, pemaju dan juga kontraktor yang menjalankan projek – perlu
disiasat dan bertanggungjawab,” tambah Lim Mah Hui.
Sumber: NST