ADA beberapa persoalan yang perlu anda
fikir dan jawab sebelum membuat keputusan menukar kerajaan hari ini.
PERTAMA, sudah tentulah kerajaan hari ini perlu
dibuktikan sangat teruk sehingga ia tidak dapat diperbaiki lagi. Anda mesti
menunjukkan hujah-hujah yang kuat kenapa tiada pilihan lain, selain menukarnya.
Perkara-perkara buruk itu mestilah anda alami sendiri. Dan perkara-perkara itu
mestilah adalah berpunca daripada tindakan atau di bawah kawalan kerajaan.
Mendengar
dakwaan-dakwaan musuh kerajaan begitu sahaja, tentulah tidak adil. Tiada musuh
yang akan bercakap baik tentang musuhnya. Mempercayainya membabi-buta adalah
tindakan yang tidak cerdik, apatah lagi ia perkara menukar kerajaan.
Anda
perlu membuktikannya sendiri dengan apa yang anda lalui sendiri. Jika hanya sekadar mendengar dakwaan-dakwaan pembangkang, ia
tidak kuat. Banyak yang lebih kepada persepsi dan perang saraf (propaganda)
pembangkang semata-mata, misalnya negara ini sudah tentu lama bankrap kerana ia
telah diperkatakan oleh penentang kerajaan sejak dahulu.
Ramai
orang menuduh kerajaan menindas rakyat, tetapi
mereka tidak dapat menunjukkan apa penindasan itu. Fikiran
mereka keliru kerana terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dimainkan
pembangkang.
Jadi,
apakah sebenarnya perkara-perkara yang buruk tentang kerajaan hari ini bagi
anda?
Anda
tidak ada pekerjaan? Alasan ini sama sekali salah, kerana banyak pekerjaan di
negara ini sehingga ramai warga asing datang ke sini.
Adakah
kerana menyekat anda menjadi kaya? Tidak, bukan? Begitu ramai jutawan baru
lahir di negara ini dan kerajaan tidak pula merampas harta benda mereka? Ia
bergantung pada diri anda sendiri.
Kenaikan
harga barang-barang keperluan? Ya, ini mungkin benar, dan perkara ini akan saya
jawab dalam soalan kedua.
Kerajaan
tidak menegakkan hukum-hukum Islam seperti hudud?
Kerajaan
mencuri wang negara melalui 1MDB, rasuah, menjual negara? Saya tahu ada banyak
lagi deretan pertuduhan.