1.
Rancak terlajak bilamana Tun Mahathir berbicara perihal Malaysia, yang mana
hari ini negara Malaysia akhirnya diikhtiraf sebagai DARUL PENYANGAK oleh Tun
M... panjang Tun M berbicara tentang ciri2 sebuah Darul Penyangak, dan ia
disampaikan dengan begitu terperinci...
2. Maka,
benarlah sepertimana janji dan doa yg pernah diucapkan oleh Allahyarham Ustaz
Fadzil Noor dalam parlimen satu ketika dulu, "Semoga
Allah panjangkan umur Dr. Mahathir agar dia dapat melihat sendiri akibat dari
dosa2 lampau yg pernah dia lakukan..." - Ustaz Fadzil Noor
Bukan
saja melihat, malah Tun M sendiri sedang bercerita, mendedahkan dan membuka
pekung busuk yg membelenggu dirinya selama ini... hinggakan rakyat dapat
melihat sendiri cara pemikiran dan prinsip Tun M, dari mulut dan penulisannya
sendiri...
3. Tanpa
Tun m sedari, apa yg ditulis sebenarnya adalah diri Tun M sendiri... Tun M
sedang bercerita tentang perilaku, perbuatan, pengkhianatan dan kemungkaran
yang telah dilakukannya selama memegang amanah 22 tahun sebagai Perdana Menteri...
tidak lebih dan tidak kurang...
4. 1MDB
hanya satu perumpamaan... Tun M cuba gambarkan kesalahan yg konon telah
dilakukan oleh DS Najib menggunakan 1MDB... hakikatnya, Tun M sedang
menceritakan apa yg pernah dia lakukan menggunakan BBMB, BMF, FOREX, PERWAJA dan
banyak lagi... semua ini telah digunakan oleh Tun M sebagai platform untuk
merompak kekayaan hasil minyak milik negara... dan ia dilakukan dengan begitu
licik dan terancang...
5. Tun M
mendakwa kononnya wang yg dirompak dari 1MDB datang dari pinjaman yg dibuat
oleh 1MDB, manakala kjaan bertindak sebagai penjamin kpd hutang2 tersebut...
kononnya, pinjaman tersebut tidak digunakan seperti sepatutnya, tetapi telah
dialirkan ke beberapa akaun yg mana semuanya akan berakhir ke akaun milik
MO1... ini dakwaan Tun M... berbeza dengan cara Tun M, tidak perlu berhutang,
tetapi terus merompak hasil negara atas nama pelaburan... yg penting, setiap
pelaburan yg dijalankan mesti berakhir dengan jalan kerugian, kerana di sebalik
jumlah sebenar kerugian itu pasti akan ada sejumlah wang yg akan 'dilarikan'...
jika ada pun siasatan dibuat, sudah tersedia kambing2 hitam untuk memikul
tanggungjawab... inilah yg berlaku dlm kes2 seperti kes BMF di Hong Kong, Forex
dan Perwaja...
6. Satu
cara lagi yg menjadi pilihan Tun m adalah menggunakan beberapa akaun milik
proksinya, yg mana kebanyakan daripada mereka terdiri daripada kroni2 rapat Tun
M... wang hasil negara akan dialir keluar sekali lagi atas alasan samada jalan
pelaburan atau tujuan pembangunan... syarikat2 yg nyawa2 ikan akan dikenalpasti
dan diarahkan kroni2nya membeli saham syrikat2 tersebut dengan harga yg sangat
rendah... dengan sedikit touch up ke atas syarikat tersebut, Tun M kemudian
akan mengarahkan GLC2 gergasi seperti TH, Petronas, KWSP, KWAP agar mengambil
alih saham2 tersebut drpd kroni2nya dengan harga yg jauh lebih tinggi,
sekalipun belum ada sebarang perancangan yg jelas yg mahu dilakukan menggunakan
syarikat2 itu... ini yg berlaku dlm pengambilalihan Fleet Holding, NST, Time
dll... pengambil alihan aset seperti tanah juga biasanya akan menggunakan
kaedah yg hampir sama, sepertimana sewaktu mengambil alih tanah kelab lumba
kuda untuk tujuan pembinaan KLCC...
7. Itu
baru 2 cara yg menjadi pilihan Tun M... kita belum lagi bercakap tentang kaedah
bagaimana pengswastaan boleh menguntungkan Tun m dan proksi2nya... belum lagi
bercerita tentang pembahagian kontrak secara konsesi yg mana biasanya akan
melibatkan syarikat GLC dan syarikat milik kroni selaku proksi Tun M...
8. Dalam
artikel Darul Penyangak yg ditulis oleh tun M, turut dinyatakan konon DS Najib
menggunakan sistem percukaian yg baru dilaksanakan seperti GST bertujuan untuk
merompak dari poket rakyat... rasanya dah berbuih mulut bercerita tentang GST,
malah negara dan rakyat juga sudahpun merasai nikmat hasil dari Gst setelah
negara berjaya membuat kutipan berjumlah hampir RM40 bil, sekaligus menjadi
penyelamat kpd ekonomi negara bilamana harga minyak dunia mengalami kejatuhan
mendadak baru2 ini...
Sumber: BERSAMBUNG DAN KLIK DISINI