Translate

31/10/2015

Debat ‪#‎1MDB‬: Tony Jadi Arang, Mahathir Jadi Debu ???


Debat yang bakal berlangsung antara Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dengan CEO 1MDB, Arul Kanda, pasti akan jadi perhatian ramai, terutama pengundi atas pagar yang nak tahu cerita sebenar 1MDB untuk dibanding dengan cereka yang Tony selalu sebarkan.

Belum debat itu berlangsung, penulis dah jangka Arul Kanda pasti menang, apatah lagi dia awal-awal dah kata tidak akan tanya sebarang soalan sebaliknya akan jawab semua soalan dari Tony - bukan calang-calang orang berani letak dirinya dalam posisi itu.

Hebat tu.

30/10/2015

7 Jahanam Dalam UMNO Telah Dikenalpasti

Portal berita pembangkang, Malaysian Insider semalam telah mendedahkan 7 ahli UMNO yang bakal dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti kerana cuba mensabotaj parti.

Senarai itu bagaimanapun tidak tepat dan hanya bersandarkan andaian sahaja.

Menurut sumber yang lebih sahih, 6 dari 7 yang telah dikenalpasti sebagai terlibat adalah seperti berikut:-

1. Mahathir Mohammad (Kubang Pasu)
2. Muhyiddin Yassin (Pagoh)
3. Shafie Afdal (Semporna)
4. Khairudin Abdu Hassan (Batu Kawan)
5. Jumat Haji Idris (Sepanggar)
6. Khairul Anuar Rahmat (Kluang)

Status seorang lagi yang terlibat masih menjadi tanda tanya, tiada yang berani mengesahkan sekalipun beberapa cubaan untuk mendapatkan maklumat tersebut telah dibuat.

Apa pun tindakan ini memang wajar kerana orang orang ini telah banyak melakukan kesalahan terhadap UMNO serta cuba mensabotaj Presiden parti secara terang-terangan.

Tak setuju, tunggu pemilihan, bukan buat pandai-pandai sendiri, apa tak sabar sangat ke, takut orang tua tu nyanyuk dulu?
Sumber: Balqis Sheikh 

29/10/2015

Pelabur Asing: Muhyiddin Patut Warnakan Rambutnya Kuning


Bodoh benarlah nampaknya bila seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, sentiasa duduk dihadapan dalam semua acara penting, bercakap perkara yang tidak benar antaranya pelabur asing lari dari Malaysia melihat perkembangan semasa dalam negara, 1MDB dan sebagainya.

Sedangkan The Global Competitiveness Report 2014-2015 menunjukkan Malaysia menduduki tangga 20 dari 144 negara di dunia!!

Pelabur asing lari macam manakah itu?

28/10/2015

1MDB: Rupa-Rupanya Muhyiddin Kurang Cerdik, Padan Kena Buang

CARI PENYAKIT UNTUK DIRI SENDIRI

Lama kita menunggu apa masalah sebenar Muhyiddin Yassin dengan 1MDB sehingga dia sanggup mengambil risiko kehilangan jawatan. Semalam baru pertanyaan itu terjawab, tapi dari penjelasan itu sekadar menjelaskan bahawa keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak menyingkirkan Muhyiddin adalah tepat!!

Pertama, Muhyiddin bantah suntikan modal kerajaan kepada 1MDB - sebuah syarikat kerajaan. Ini amalan biasa kerajaan zaman berzaman, Zaman Mahathir dulu lagi banyak kerajaan suntik modal pada syarikat-syarikat kerajaan.

27/10/2015

Fesyen Pelik Artis China-Amerika, Bai Ling Akan Ditonton di Malaysia ???

ARTIS pelik, Bai Ling telah menjadi tumpuan sekali lagi selepas bergambar dengan pakaian pelik yang hanya mungkin dia seorang sahaja berani memakainya.
Aktres yang berasa dari China itu mengenakan pakaian pelik itu ketika berjalan di atas karpet merah International Fashion Film Awards yang diadakan di Saban, Beverly Hills.
Dia mengenakan tulisan : “Bai Ling’s Cooki: Film Proposes: Will You Marry me? Fashion Says: YES!!!”

26/10/2015

KESIAN ANUAR GIAN NAK KE DEWAN RAKYAT

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik permohonannya untuk mencabar keputusan Ketua Pesuruhjaya Penjara yang tidak membenarkan beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Mac lalu.

Peguam mewakili Anwar, Latheefa Koya memaklumkan panel tiga anggota Mahkamah Rayuan pada Isnin berhubung penarikan balik rayuan itu.

24/10/2015

Isu 1MDB: 'Last-last' saya yang kena tendang


JOHOR BAHRU - "Sampai sekarang tiada seorang pun dibuang, yang dibuang adalah saya," demikian ujar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaasin ketika menyentuh mengenai permasalahan yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang akhirnya memalit memori pahit dalam hidupnya.

Katanya, cadangan beliau agar 1MDB 'dibersihkan' dengan membuang Pengarah dan 'orang penting' di dalamnya seolah-olah membawa bala kepadanya sedangkan niat beliau adalah baik iaitu untuk memastikan 1MDB tidak membebankan kerajaan.

23/10/2015

KU LI TERLIBAT KOMPLOT UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PM ???

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mempunyai hak untuk mengundi usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Ketika diminta berkongsi pandangan, Razaleigh penyokong BN dilihat tidak mungkin akan mengundi usul tidak percaya terhadap Bajet 2016.

"Pada kebiasaannya, saya tidak fikir mereka akan mengundi menolak bajet.

"Tetapi berdasarkan isu-isu substantif dan jika mereka berfikiran perlu bagi menentang perdana menteri tetapi bukan bajet, maka mereka berhak melakukannya," kata ahli Parlimen Gua Musang ini kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

21/10/2015

PULAU PINANG MENJADI HAB SINDIKET PENGEDARAN DADAH ANTARABANGSA

Pulau Pinang Dikenal Pasti Hab Pembuatan Dadah
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang dikenal pasti antara negeri yang menjadi hab pembuatan dadah sindiket pengedaran antarabangsa bagi pasaran di rantau ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata trend berkenaan berdasarkan peningkatan nilai hasil rampasan, jumlah penahanan serta serbuan yang dilakukan pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri itu sejak kebelakangan ini.

"Pulau Pinang memiliki pusat pengangkutan yang baik, kini menjadi hab pengeluaran, mudah membawanya keluar dari Pulau Pinang ke Thailand dan Indonesia," katanya.

20/10/2015

FIFA PERLU SIASAT FAM KERANA GAGAL MENANGANI KORUPSI ??

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) supaya menyiasat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mendakwa badan tersebut gagal menangani korupsi dan menyimpan pendapatan hasil penyiaran.

Menurut Reuters, Tunku Ismail berkata, FAM juga patut dipersalahkan apabila ranking pasukan bola sepak negara jatuh ke tangga ke-171 selepas kalah kepada UAE 10-10 bulan lepas.

"Mungkin Fifa perlu soal-siasat FAM," dipetik kata Tunku Ismail kepada Reuters.

19/10/2015

PDRM PERLU PANTAU PENGGUNAAN LOGO POLIS

KUALA LUMPUR, 19 Oktober: Sebuah badan bukan kerajaan anti jenayah mungkin telah melakukan kesalahan selepas ahlinya dilihat menggunakan pakaian rasmi polis.

Apa yang menjadi persoalan adalah sama ada mereka mendapat kelulusan atau sebaliknya dairpada pihak berkuasa untuk berbuat demikian, malah ia turut menimbulkan kritikan di media sosial sama ada orang awam dibenarkan untuk menggunakan pakaian pihak berkuasa.

Isu ini mula timbul apabila salah seorang daripada ahli NGO terbabit dilihat memakai jaket pantul cahaya yang tertera perkataan polis di bahagian belakangnya pada sebuah majlis di sekolah.

17/10/2015

‘BALA’ DAN ‘HURU-HARA’ AKAN MENIMPA PKR DENGAN KEHADIRAN SAIFUDDIN ???

Saifuddin Akan Beri 'Sumbangan Besar' Kepada PKR ???
SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR hari ini berkata, parti itu menjadi pilihannya kerana parti itu lebih 'menjadi' berbanding parti-parti pembangkang lain.

"Hari ini politik tawar menawar contohnya seperti Umno jaga Melayu, MCA jaga Cina dan MIC jaga India.

"Konfigurasi politik tersebut hanya sesuai pada masa tertentu.Tetapi masa sudah berubah. Mereka mahu politik yang lebih multiracial. Dalam konteks ini ada parti dalam BN cuba tetapi tidak berjaya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai maksud 'menjadi' itu Saifuddin berkata, ia menjadi dari segi kesepaduan pelbagai kaum didalam parti tersebut.

14/10/2015

Mahathir Takut Kharuddin Bocor Maklumat Kepada Polis

Ramai yang terkejut apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengadakan sidang akhbar tergemparnya pagi semalam.

Rata-rata merasakan ia tindakan itu sebagai 'signal' terbaru bagi meneruskan tekanannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Persoalannya mengapa Dr Mahathir secara tiba-tiba mengadakan sidang akhbar tersebut, sedangkan umum mengetahui semua yang hadir itu telah lama dilabelkan sebagai 'orang Mahathir'.

Paling menarik, sidang akhbar tersebut selain menghentam Najib ia juga dijadikan sebagai medan mahkamah untuk membela penahanan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam beliau, Matthias Chang.

12/10/2015

SERANGAN KE ATAS NAJIB DIRANCANG TERMASUK KENAIKKAN TOL !!!

Pemegang Kosensi Tol Perangai Macam Babi, Elok Dikenakan Sosma
Tindakan pemegang kosensi tol lebuh raya mengumumkan kenaikan harga tol yang naik secara mendadak dan tinggi merupakan satu tindakan tidak masuk akal. Ia akan meningkatkan kos sara hidup dan menjejaskan keselesaan rakyat ketika ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu.
Menurut Bernama, kenaikan bermula 15 Oktober 2015 tersebut memababitkan:
i. Terowong SMART naik kepada RM3.
ii. Tol naik antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
iii. Kadar tol di Lebuhraya Maju (MEX) naik antara 20 sen dan RM3.
iv. Plaza Tol Gombak dan Bentong, Lebuhraya KLK naik antara 30 sen dan RM3 mulai 15 Okt.
iv. kadar plaza tol Putrajaya dan Salak Selatan naik antara 20 sen dan RM3 mulai 15 Okt – MEX
v. Lebuhraya Kajang-Silk naik antara 40 sen dan RM2.40.
Kesemua pengumuman ini dibuat oleh pemegang kosensi lebuh raya terbabit secara bersendirian.
Pengumuman ringkas tanpa perincian ini turut mengelirukan pengguna. Misalnya, kadar tol Kuala Lumpur – Putrajaya diumumkan naik antara 20 sen sehingga RM 3.00.

11/10/2015

GENG TUN YANG KECEWA CUBA MENJATUHKAN DS NAJIB ???


Liong Sik, Sanusi, Zam Maidin Semua Ni 'Telur' Dah dipegang Mahathir.

Kelantangan Ling Liong Sik yang entah datang dari mana mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan ini, tak sepatutnya mengejutkan sesiapa meskipun tak diduga kerana namanya tak pernah muncul dimana-mana sebelum ini.

Liong Sik adalah Menteri Pengangkutan paling lama dibawah pemerintahan Mahathir Mohamad - dari 1986 sampai May 2003.

10/10/2015

ADAKAH TUN MAHATHIR JUJUR ATAU SEBALIKNYA ???

Sampai Bila Rakyat, Harus Tertipu Dengan Propaganda Licik Dan Jahat Mahathir?

Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini.

Beliau berkata, perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranya Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir.

09/10/2015

PEMIMPIN PEMUDA PERINGKAT AKAR UMBI MASIH TIDUR ???

KUALA LUMPUR, 8 Oktober:

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui sukar untuk mendapatkan undi pengundi muda kerana majoriti mereka adalah pengundi atas pagar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kaji selidik yang dijalankan oleh Ilham Centre bahawa tiada parti politik yang berani untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi muda.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ilham Centre Hisomuddin memetik laporan Astro Awani berkata, tambahan menjelang pilihan raya umum ke 14, kekuatan parti terletak pada kekuatannya untuk mendapatkan undi daripada golongan itu.

07/10/2015

TAK CUKUP MAKAN LAGI KE? "MAN YAK BOLOH PUNYA OLANG"


KUALA LUMPUR, 7 Oktober:

Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik akan membela dirinya sendiri sekiranya dia disaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan hari ini, Ling berkata, dia akan menerima cabaran Perdana Menteri itu.

“Saya memang sangat terkejut menerima surat daripada peguam Perdana Menteri menuduh saya memfitnah beliau.

“Saya juga sangat terkejut apabila mendapati kandungan surat tersebar kepada semua media. Bukan sekadar itu saja, menurut laporan media, Perdana Menteri sendiri secara umum mengeluarkan kenyataan meminta saya meminta maaf.

05/10/2015

Parti Amanah Johor didakwa umpama PEROMPAK BERLESEN ?

JOHOR BAHRU - Pas Johor mendakwa Parti Amanah Johor tidak amanah kerana tindakan parti itu berhasrat mengambil-alih beberapa aset yang menjadi markas Pas di dua kawasan.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mengikut hukum Islam, bangunan diwakafkan kepada Pas sebelum ini menjadi hak parti itu walaupun pemilik asal menyertai parti lain.

“Bangunan atau tanah yang diwakafkan kepada Pas bukan lagi milik individu, ia sudah menjadi milik masyarakat kerana ia dibangun hasil sumbangan orang ramai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...