Ramai yang terkejut apabila
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengadakan sidang akhbar tergemparnya
pagi semalam.
Rata-rata merasakan ia
tindakan itu sebagai 'signal' terbaru bagi meneruskan tekanannya terhadap
kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Persoalannya mengapa Dr
Mahathir secara tiba-tiba mengadakan sidang akhbar tersebut, sedangkan umum
mengetahui semua yang hadir itu telah lama dilabelkan sebagai 'orang Mahathir'.
Paling menarik, sidang akhbar
tersebut selain menghentam Najib ia juga dijadikan sebagai medan mahkamah untuk
membela penahanan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan dan peguam beliau, Matthias Chang.
Dr Mahathir turut mengecam,
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah merupakan
satu bentuk penyalahgunaan kuasa serta tidak menghormati undang-undang.
Malah ada di antara mereka
yang hadir itu sebelum ini turut bersetuju dan memainkan peranan untuk
meluluskan Sosma yang ketika ia dibentangkan di parlimen satu ketika dahulu.
Mengapa baru sekarang Dr
Mahathir membangkitkan isu mengenai penyalahgunaan kuasa, sedangkan ketika
regim pemeritahannya ramai mangsa telah disumbatkan ke dalam penjara tanpa
sebarang alasan yang kukuh dibawah Akta ISA.
Menurut sumber yang rapat
dengan beliau, Mahathir takut banyak rahsia mengenai gerakan jahatnya untuk
menjatuhkan Najib akan terbongkar.
Menurut sumber yang enggan
mendedahan identitnya itu, Mahathir benar-benar terkejut ketika dimaklumkan
mengenai berita penangkapan Khairuddin.
Lebih memeranjatkan Mahathir,
selain Khairuddin, bekas setiausaha politiknya, Matthias Chang turut ditahan di
bawah Akta yang sama.
Mahathir sedar dengan
penangkapan dua orang budak suruhannya itu, bukan sahaja akan menyebabkan
gerakannya untuk mengulingkan Najib akan terjejas.
Namun apa yang paling
penting, kedua-dua itu dikatakan banyak meyimpan rahsia sulit mengenai
Mahathir.
Ini kerana Mahathir takut,
Khairudiin akan membocorkan pelbagai maklumat penting itu kepada pihak polis
bagi memastikan dia dibebaskan.
Ia sekaligus akan meletakkan
Dr Mahathir berada dalam keadaan bahaya sekaligus memgagalkan usahanya untuk
menyingkirkan Najib
Sumber: Balqis Sheikh