JOHOR BAHRU - "Sampai
sekarang tiada seorang pun dibuang, yang dibuang adalah saya," demikian
ujar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaasin ketika menyentuh mengenai
permasalahan yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang akhirnya memalit
memori pahit dalam hidupnya.
Katanya, cadangan beliau agar
1MDB 'dibersihkan' dengan membuang Pengarah dan 'orang penting' di dalamnya
seolah-olah membawa bala kepadanya sedangkan niat beliau adalah baik iaitu
untuk memastikan 1MDB tidak membebankan kerajaan.
"Saya hendak bantu kerajaan
selesaikan masalah, kalau tidak selesaikan ia akan beri beban, kalau tidak
diuruskan ia akan jatuhkan kita (kerajaan), pandangan saya ikhlas,"
katanya ketika program Bicara Minda, 'Berani Keran Benar' di Hotel Bluewave di
sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Saya sahaja bersuara, yang lain
buat apa?]
Malah menurut Muhyiddin, Presiden
dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda
yang dipanggil untuk menjelaskan kepada Kabinet juga memberi penerangan yang
sangat menyedihkan.
"Dia datang bentang di
Kabinet selama 15-20 minit, tetapi tiada sebarang angka yang dibentangkan, ini
soal serius ia libatkan duit berbilion-bilion," katanya.
Sumber: KLIK DISINI