Bodoh
benarlah nampaknya bila seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, sentiasa duduk
dihadapan dalam semua acara penting, bercakap perkara yang tidak benar
antaranya pelabur asing lari dari Malaysia melihat perkembangan semasa dalam
negara, 1MDB dan sebagainya.
Sedangkan
The Global Competitiveness Report 2014-2015 menunjukkan Malaysia menduduki
tangga 20 dari 144 negara di dunia!!
Pelabur
asing lari macam manakah itu?
Mungkin
Muhyiddin merujuk kepada satu situasi dimana pelabur diminta menjelaskan
terlebih dahulu komisen yang besar kepada pihak-pihak tertentu (bukan dari
kerajaan negeri) sebelum boleh mula melabur.
Itu
hanya berlaku dii satu tempat itu saja, bukan di semua tempat dalam negara. Di
tempat lain, pelabur asing masing banyak di Malaysia dan jika mereka berpindah
ke luar pun itu adalah kerana isu-isu seperti kos dan sebagainya, bukan ada
kena mengena dengan 1MD mahupun situasi politik semasa.
Situasi
politik negara hari ini dengan panas dingin panas dinginnya, antara lain
disebabkan oleh orang macam Muhyiddin juga.
Kenapa
dia mesti nak jadi hamba setia kepada Mahathir bila ketuanya ialah Najib? Jadi
kalau benarlah kepercayaan Muhyiddin itu - pelabur lari kerana situasi politik dalam
negara, maka dialah yang patut dipersalahkan.
Ahli
UMNO patut bertanya, bagaimanakah kenyataan terbaru ini boleh membantu UMNO?
Muhyiddin selalu mendakwa dia hanya menderhaka kepada Najib, bukan kepada UMNO
dan tidak akan merosakkan parti itu pada bila bila masa, sekarang ni apa?
Muhyiddin harus jawab.
Sumber: Balqis Sheikh