KUALA
LUMPUR, 7 Oktober:
Bekas Presiden
MCA, Tun Dr Ling Liong Sik akan membela dirinya sendiri sekiranya dia disaman
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam kenyataan
medianya yang dikeluarkan hari ini, Ling berkata, dia akan menerima cabaran
Perdana Menteri itu.
“Saya memang
sangat terkejut menerima surat daripada peguam Perdana Menteri menuduh saya
memfitnah beliau.
“Saya juga
sangat terkejut apabila mendapati kandungan surat tersebar kepada semua media.
Bukan sekadar itu saja, menurut laporan media, Perdana Menteri sendiri secara
umum mengeluarkan kenyataan meminta saya meminta maaf.
“Maka, saya
katakan kepada Perdana Menteri, jika anda memilih untuk menyaman saya, saya
akan bela diri sendiri. Secara merendah diri, saya terima cabaran kamu. Saya
tidak sabar untuk melihat Perdana Menteri berdiri di kandang saksi, tidak
diragukan lagi bahawa dia akan berbuat demikian apabila mengatakan reputasinya
terjejas,” kata beliau.
Dia turut
bertegas tidak akan meminta maaf terhadap apa yang dikatakannya.
“Saya ingin
menegaskan sekali lagi bahawa saya mempertahankan apa yang saya sudah katakan.
Saya tidak akan meminta maaf.”
Najib mengancam
untuk menyaman bekas Presiden MCA itu jika dia tidak menarik balik dan meminta
maaf terhadap kenyataan yang dibuat mengenai Perdana Menteri yang didakwa
sebagai fitnah.