Translate

11/10/2015

GENG TUN YANG KECEWA CUBA MENJATUHKAN DS NAJIB ???


Liong Sik, Sanusi, Zam Maidin Semua Ni 'Telur' Dah dipegang Mahathir.

Kelantangan Ling Liong Sik yang entah datang dari mana mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan ini, tak sepatutnya mengejutkan sesiapa meskipun tak diduga kerana namanya tak pernah muncul dimana-mana sebelum ini.

Liong Sik adalah Menteri Pengangkutan paling lama dibawah pemerintahan Mahathir Mohamad - dari 1986 sampai May 2003.

Itu Menteri, sebelum dari itu, sejak mula jadi ahli parlimen dari tahun 1978, macam-macam jawatan dalam kerajaan yang Liong Sik pegang.

Malah Liong Sik lebih istimewa kerana ikut sejarahnya, Mahathir pernah jadikannya Perdana Menteri sementara apabila UMNO diharamkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988.

Khabarnya 2 hari jugalah Liong Sik pikul tugas itu sehingga UMNO baru ditubuhkan dan Mahathir mengambil alih semula. Senang kata, banyaklah jasa Mahathir pada Liong Sik.

Jadi bila dia tampil senada dengan Mahathir mahu Najib letak jawatan, ia tidaklah mengejutkan kerana memang sudah diagak. Kalau bukan pasal itupun, adalah benda yang Mahathir dah pegang dan ugut untuk dedah kalau Liong Sik tak buat kenyataan sedemikian.

Mahathir tahu sajalah, tak ugut tak sah.

Samalah halnya dengan bekas-bekas Menteri era Mahathir seperti Sanusi, Zam Maidin, Daim dan lain-lain yang turut sama berganding bahu dengan Mahathir melontar nada serupa mahu Najib berundur sebab terlebih makan jasa atau takut Mahathir dedah rahsia masing-masing.

Nasib baik Perdana Menteri sudah memulakan tindakan undang-undang, tidaklah nanti perkara ini berpanjangan kerana sudah dibawa ke Mahkamah.

Liong Sik dalam kenyataan balas begitu terkejut dengan saman tersebut tapi enggan meminta maaf, mungkin Mahathir beritahunya Najib tak akan saman.

Apa sekali saman, kena kencing lagi Liong Sik buat kesekian kalinya.

Tak mengapalah, kita tunggu di Mahkamah nanti. Perdana Menteri pun penulis yakin memang tunggu kehadiran orang macam Liong Sik, senang sikit nak ambil tindakan walaupun Mahathir dah buat kenyataan seperti itu.

Penulis jangka, untuk mengukuhkan kedudukannya semakin tertinggal di belakang, Mahathir akan guna lebih ramai orang seperti Liong Sik untuk membuat kenyataan mahu Najib meletakkan jawatan.

Rakyat jangan terpengaruh dengan semua taktik ini kerana ia hanya cubaan Mahathir untuk memberi kekuatan kepada gerakannya yang semakin memudar. Liong Sik ini pun bukanlah bersih. Skandal PKFZ masih menghantuinya sampai sekarang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...