Sampai Bila Rakyat,
Harus Tertipu Dengan Propaganda Licik Dan Jahat Mahathir?
Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan
menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana
sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan
Perdana Menteri, Tun
Musa Hitam.
Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata
tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa
bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja
politiknya selama ini.
Beliau berkata,
perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini
antaranya Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad
Badawi selepas disingkirkan Mahathir.
“Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu
ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan
beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas
Timbalan Perdana Menteri itu.
“Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering
menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah
penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998,
beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah.
“Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga
dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik
serta duduk makan semeja sebelum itu.
Tetapi itulah Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang
dilakukannya,” katanya sebelum ini.
Gerakan Mahathir untuk menggulingkan Najib bukan lagi
rahsia, ia ekoran dari serangan dan kritikan yang dilakukan yang dilakukan secara
berterusan.
Walaupun Mahathir mendakwa tindakan itu dilakukan demi
untuk kepentingan negara, namun umum seakan dapat menghidu niat jahat sebenar Mahathir.
Malah sejarah dengan jelas membuktikan, selain Pak
Lah, mantan perdana menteri yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman turut menjadi mangsa
kerakusan Mahathir dalam mengejar
kuasa.
Persoalannya sampai bila rakyat harus ditipu dengan
propaganda licik Mahathir yang melakukan kejahatan atas nama perjuangan dan
kepentingan rakyat?
Sumber: Balqis Sheikh