SEREMBAN –
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan seramai lima
pegawai kastam kelmarin selepas disyaki menerima suapan supaya tidak mengambil
tindakan terhadap kes penyeludupan kenderaan mewah.
Kelima-limanya
yang berusia antara 27 hingga 39 tahun dan bertugas di pejabat jabatan kastam
Negeri Sembilan itu diberkas di pejabat mereka pada pukul 5.30 petang kelmarin.
Sumber berkata,
pemeriksaan awal mendapati kelima-lima mereka disyaki menerima telefon bimbit
sebagai suapan untuk melepaskan pengadu atas kesalahan memiliki kenderaan mewah
yang diseludup dari negara jiran.