Kerajaan negeri merancang untuk mewartakan kawasan itu sebagai tapak warisan dan perlu disegerakan.
Persatuan Anak Terengganu
Di Perantauan (PERANTAU) akan meneruskan Wacana Cakna Rakyat Terenganu,
Bukit Besi: Khazanah dan Amanah pada 15 Februari ini walaupun tanpa kehadiran
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Pengarah Wacana Cakna
Rakyat Terengganu, Mohd Nurkuzaini Abd Rahman berkata, pihaknya mendapat surat
jawapan daripada pejabat Menteri Besar Terengganu menyatakan Razif sebagai
pembentang utama tidak dapat hadir ke wacana berkaitan dengan isu perlombongan
di Bukit Besi.
Bagaimanapun katanya,
wacana tersebut akan diteruskan seperti dijadualkan pada Ahad ini di Menara
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah bermula jam 9.30 pagi
hingga 1.30 petang.
Perantau tampil mengambil
tanggungjawab untuk mencari jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh
pelbagai pihak termasuk pembangkang dan akan meneruskan program wacana ini
setelah beberapa jemputan lain mengesahkan jawapan untuk hadir” katanya.
Selain menteri besar
sebagai pembentang utama dalam wacana tersebut, dua pembentang lain adalah
Datuk Raja Kamarul Baharin, mewakili NGO Nusantara dan Amzad Hashim mewakili NGO
Ganti.
Perantau juga sedang
menunggu jawapan daripada Umno untuk menjadi pengulas bersama dengan Ahli
Parlimen Dungun, Wan Hassan, bekas pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG),
Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim
Tengku Ismail serta veteran-veteran Bukit Besi yang turut dijemput bagi
memeriahkan program ini.
Disebabkan tempat yang
terhad, pihak sekretariat memohon kepada ahli perantau atau anak Terengganu
yang berminat untuk hadir agar menghubungi sekretariat Wacana CRT- Bukit Besi.