Pemimpin MIC perlu ikut formula dipersetujui
KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel
menggantung A Sakthivel, Senator Datuk Jaspal Singh dan Datuk V Mogan sebagai
anggota parti itu selama 12 bulan berkuat kuasa serta merta.
Palanivel berkata, satu mesyuarat
haram oleh kumpulan dianggap sebagai Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC 2009
diadakan di ibu pejabat parti itu pada Jumaat lepas dengan dipengerusikan
Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Katanya, permohonan untuk mengadakan
mesyuarat itu dibuat melalui sepucuk surat bertarikh 11 Februari 2015 kepada
Sakthivel yang dialamatkan sebagai Setiausaha Agung MIC. Sumber