Translate

07/07/2014

TENGKU ADNAN TIDAK LAYAK JADI MENTERI WILAYAH ????



Terlajak kereta boleh digostan, terlajak kata….

Orang tua-tua selalu berpesan kepada anak-anak muda, sebelum bercakap, lebih baik berfikir terlebih dulu. Tapi apabila orang tua-tua sendiri yang terlajak kata, lain jadinya.
Apatah lagi jika “orang tua” itu merupakan seorang pemimpin atau menteri. Inilah yang berlaku kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Pada 1 Julai lalu, agensi berita nasional Bernama melaporkan Tengku Adnan sebagai berkata, pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat.

06/07/2014

DAP DESAK UNTUK REBUT JAWATAN MB SELANGOR ??

Khalid Mendahului Jawatan No.2 #Pemilihan PKR

Kem calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Menteri Besar Selangor itu kini mendahului persaingan merebut jawatan nombor dua dalam parti itu, walaupun gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor.
Sumber terdekat Khalid memberitahu The Star Online bahawa beliau kini mempunyai kelebihan berbanding Azmin Ali dengan memperolehi majoriti 700 undi untuk jawatan tersebut, selepas pemilihan baharu yang diadakan di beberapa bahagian.
Namun, kem Azmin menafikan jumlah majoriti undi tersebut dengan mendakwa Khalid berada di ambang kekalahan.
“Berdasarkan pengiraan kami, Khalid menerima lebih banyak undi di 11 cabang di Selangor, lima di Sarawak dan empat di Sabah. Di Sabah misalnya, beliau mendapat lebih 1,700 undi,” kata sumber.

TEKNIK FORENSIK TERKINI "MENGIDUPKAN" MAYAT YANG SUDAH REPUT



Ciudad Juarez ialah antara 10 bandar paling bahaya di dunia dengar kadar pembunuhan yang tinggi akibat peperangan kartel dadah. Ratusan mayat ditemui mereput di tepi jalan dan padang pasir bandar yang terletak di Mexico ini. 

Setiap tahun ratusan mayat terpaksa ditanam sebelum sempat dikenal pasti identitinya. Mayat yang mereput teruk ataupun kekeringan sukar dikenal pasti kerana sudah hilang rupa asalnya. 

Oleh sebab ini ia memberikan idea kepada  Dr. Alejandro Hernández Cárdenas untuk mencipta teknik yang boleh mengembalikan sedikit sebanyak rupa mayat yang mereput ini kembali kepada rupa asal dengan harapan memudahkan pengenal pastian mayat mereka. 

Mari lihat sendiri bagaimana teknik forensik terkini ciptaan beliau ini bakal membantu mengenal pasti mayat yang dibuang akibat jenayah. Syabas  Dr. Alejandro Hernández Cárdenas. Ciptaan beliau ini pastinya berguna di masa hadapan.  

05/07/2014

Dokumentari MH 370 : Menjawab Beberapa Persoalan Misteri



Layan dokumentarai MH370 ini sedap jugak kerana banyak penerangan. BBC for the win!

ALLAHHUAKHBAR - Gereja 127 Tahun Kini Masjid



MINNIESOTA: Gereja St. John di sini yang ditutup pada 2013 kerana jumlah jemaahnya yang kurang, kini dibuka semula sebagai sebuah masjid dan pusat kebudayaan Islam.

Dikenali dengan nama, Darul Ulum Islamic Center, bangunan asalnya yang berusia 127 tahun itu kini kembali meriah, lebih-lebih lagi dengan kedatangan Ramadan.


"Oleh kerana terdapat banyak warga Afika Timur di daerah ini yang rata-ratanya beragama Islam, jadi kami memberi ruang gereja ini sebagai tempat mereka beribadat dan mencari ilmu pengetahuan," kata jurucakap gereja itu, Feisal M. Elmi.

Gereja itu memang mengalami penurunan jemaah, iaitu dari 1,400 kepada hanya 152 keluarga atau 400 jemaah sahaja.

ANWAR PUJUK HADI UNTUK JATUHKAN KHALID ???

Hadi nafi bincang guling Khalid dengan Anwar di IJN

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat menafikan sebarang pembabitan beliau dalam komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kedudukannya selaku Menteri Besar Selangor.

Abdul Hadi menegaskan, beliau tidak pernah terbabit dalam mana-mana perbincangan berhubung perkara itu, termasuk ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjunginya di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

Penafian Abdul Hadi itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Dr Samsuri Mokhtar menerusi satu kenyataan ringkas hari ini.


04/07/2014

HAI NAJIB, T/PM PUN KENA JAGA DENGGI ???


NAJIB DAH TAK PERCAYA KEPADA MENTERI KESIHATAN ATAU ?????

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menangani kebimbangan umum tentang peningkatan kes demam denggi sejak akhir-akhir ini di seluruh negara, umum Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pasukan yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu akan turut disertai oleh menteri-menteri dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kerja Raya.

Pasukan itu juga akan turut melibatkan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi-agensi berkaitan, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

"Kerajaan berharap dengan penubuhan pasukan petugas khas ini akan dapat membendung peningkatan kes-kes demam denggi dengan kadar segera, di samping melaksanakan langkah-langkah pencegahan dengan lebih berkesan di seluruh negara," katanya.  BERNAMA

03/07/2014

NGO DISEBALIK TABIR PAKATAN RAKYAT ???

Soup Kitchen boleh didenda.

KERAJAAN NAK KURANGKAN GELANDANGAN, NGO SOUP NAK MEMPERBANYAKKAN LAGI !!!
Kuala Lumpur: Badan bukan kerajaan (NGO), Soup Kitchen, bakal berdepan hukuman denda yang tinggi jika masih memberi makan kepada golongan gelandangan di kawasan pusat bandar bermula Isnin depan.
Arahan itu selaras dengan hasrat kerajaan bagi membersihkan imej bandaraya daripada kewujudan gelandangan yang semakin membimbangkan. 
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya memandang serius mengenai isu gelandangan berikutan terdapat masalah lain timbul seperti kebersihan pusat bandar dan pembawakan penyakit berjangkit.

"Soup Kitchen hanya boleh memberi bantuan makanan kepada gelandangan sejauh dua kilometer (km) keluar dari Kuala Lumpur.

"Saya sendiri banyak perhatikan kebanyakan gelandangan adalah invidu yang mampu bekerja namun malas kerana sedar banyak bantuan diberikan di pusat bandar," katanya ketika ditemui di majlis pelantikan Ahli Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam, di sini, hari ini.

Masyarakat Cina sanggup bantu peniaga bangsa mereka maju tapi bangsa MELAYU ???

Gagal pertahan kedai telekomunikasi, Utusan salahkan model perniagaan Cina


Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyalahkan model perniagaan kaum Cina selepas pengarangnya gagal mempertahankan kedai telekomunikasi yang dijalankan sejak 10 tahun lalu.
Penolong Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hassan turut menyalahkan Celcom selaku syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana gagal mempertahankan perniagaan orang Melayu.
"Cara mento-menti peniaga Cina itu lebih berkesan daripada yang dilakukan sistem kerajaan. Malangnya peniaga Melayu pula jatuh muflis apatah lagi dikelilingi peniaga bukan Melayu.

02/07/2014

PAS KECEWA DENGAN TINDAKAN MOHD LOTFI ???


 

Mohd Lotfi Ariffin bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu antara pesanan yang sempat disampaikan sebelum beliau berlepas ke negara bergolak itu, kata Mohd Zainon Ariffin.
Zainon yang juga abang sulung Lotfi berkata, perkara itu disampaikannya seminggu sebelum bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS pusat itu pergi meninggalkan tanah air.
“Dia pergi tanpa pengetahuan sesiapa. Jika dilabel bekas pejuang Mujahidin di Afghanistan, itu saya boleh terima. Tetapi tuduhan itu berniat untuk jejaskan nama baik dia.
“Saya antara orang terawal yang tahu, itu pun seminggu sebelum dia berangkat. Walaupun tidak diberitahu secara jelas, naluri saya merasakan dia akan pergi senyap-senyap.

TUNTUTAN PEMBANGKANG MENGHURU-HARAKAN MALAYSIA DIRESTUI NAJIB ???



Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia boleh menjadi huru-hara jika kerajaan meneruskan cadangan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.

Katanya, ini kerana undang-undang baharu yang dicadang untuk menggantikan akta berkenaan tidak mampu untuk menghalang pelbagai 
hasutan yang akan berlaku. 

“Rakyat akan menerima pelbagaiberbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda Perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi Raja juga dihapuskan,” katanya dalam entri terbaharu blog beliau http://chedet.cc, semalam. 

Kemungkinan huru-hara akan berlaku dalam negara, kesan daripada sikap liberal yang kita agungkan sekarang” Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat DI PECAT ???


KUALA LUMPUR: PAS akan memastikan sistem perundangan Islam terutamanya hukum hudud dilaksanakan mengikut lunas demokrasi di samping berpandukan kehendak majoriti rakyat seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat berkata parti itu akan berpegang teguh pada rancangannya untuk melaksanakan undang-undang hudud walaupun bertentangan pandangan dengan komponen Pakatan Rakyat khususnya DAP.

"Apa juga yang barangkali masyarakat tak boleh terima atau DAP tak boleh terima pada kita ia normal, tiada masalah.

"Itu pun lebih baik daripada dulu, kalau dulu lagi teruk...ramai yang menentang, sekarang sebahagian menentang dan penentangan DAP terhadap hudud pun bukan kerana mereka anti kepada Islam.

"Mereka (DAP) menentang kerana pada pandangan mereka ia bertentangan dengan perlembagaan, itu lebih baik daripada MCA yang memburuk-burukkan hudud," katanya dalam temubual ekslusif bersama Antarapos baru-baru ini.

Beliau menambah memperjuangkan hudud adalah sebahagian daripada agenda Islam parti itu.

01/07/2014

MAT REMPIT SERBU SEKOLAH MEMANDU ????

SOGOK GERENTI LULUS


Belajar 10 minit, tidak perlu habiskan ujian Bahagian Dua

Kuala Lumpur: Hanya dengan sogokan antara RM150 hingga RM500, anda gerenti lulus ujian memandu tanpa bersusah payah menghadiri kelas memandu atau risau mengenai ujian dijalankan. 

Itulah tawaran diberikan tenaga pengajar sekolah memandu untuk calon yang ingin mengambil lesen memandu sama ada motosikal, motosikal berkuasa tinggi atau kereta. 

Untuk gerenti lulus lesen motosikal (Kelas B2) calon dikenakan bayaran tambahan RM150; motosikal berkuasa tinggi (Kelas B) sebanyak RM200 dan kereta (Kelas D) dikenakan bayaran RM500.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

MB SELANGOR TETAP MILIK ISTERI AKU ???



Semua orang sedang memerhatikan gerak geri dan tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim di celah isu Tan Sri Khalid Ibrahim berdepan tekanan untuk melepas jawatan Menteri Besar.

Tidak lama dulu beliau sendiri dikatakan mengintai jawatan itu. Namun agenda itu sangkut bila beliau tidak jadi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dalam pilihanraya kecil baru-baru ini.

Ini kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan. Sebaliknya isterinya beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah jadi penganti bertanding di situ.

Sabtu,Anwar mengeluarkan satu kenyataan dua perenggan yang 'samar-samar' mengenai isu yang hangat itu.

Ini ibarat masih bermain dalam semak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...