Translate

05/07/2014

ANWAR PUJUK HADI UNTUK JATUHKAN KHALID ???

Hadi nafi bincang guling Khalid dengan Anwar di IJN

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat menafikan sebarang pembabitan beliau dalam komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kedudukannya selaku Menteri Besar Selangor.

Abdul Hadi menegaskan, beliau tidak pernah terbabit dalam mana-mana perbincangan berhubung perkara itu, termasuk ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjunginya di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

Penafian Abdul Hadi itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Dr Samsuri Mokhtar menerusi satu kenyataan ringkas hari ini.


Menurut Dr Samsuri, sama ada Anwar mahupun Abdul Hadi sendiri masing-masing tidak membangkitkan sebarang isu di Selangor termasuk kedudukan Menteri Besar ketika di IJN.

“Bukan sahaja tidak ada sebarang perbincangan mengenai isu Selangor antara Datuk Seri Anwar dan Tuan Guru Abdul Hadi semasa lawatan di IJN tempohari, malah perkataan ‘Selangor’ atau ‘Menteri Besar’ pun tidak disebut langsung,” kata Dr Samsuri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa kononnya Abdul Khalid akan disingkir dari kedudukannya selepas Aidilfitri atau pada Ogos ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...