KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menangani kebimbangan umum tentang peningkatan kes demam denggi sejak akhir-akhir ini di seluruh negara, umum Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pasukan yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu akan turut disertai oleh menteri-menteri dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kerja Raya.
Pasukan itu juga akan turut melibatkan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi-agensi berkaitan, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
"Kerajaan berharap dengan penubuhan pasukan petugas khas ini akan dapat membendung peningkatan kes-kes demam denggi dengan kadar segera, di samping melaksanakan langkah-langkah pencegahan dengan lebih berkesan di seluruh negara," katanya. BERNAMA