Translate

Memaparkan catatan dengan label Denggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Denggi. Papar semua catatan

27/07/2014

MAJLIS TEMPATAN & KERAJAAN SELANGOR PEMBUNUH RAKYAT ???


Subramaniam Selar Kerajaan Selangor Peningkatan Drastik Kes Denggi

KLANG: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam menyelar kerajaan Selangor kerana tidak mengambil langkah-langkah drastik untuk memerangi peningkatan jumlah kes denggi di negeri ini.

Mendakwa bilangan kes telah meningkat dari hari ke hari, beliau membidas majlis-majlis tempatan dan kerajaan negeri kerana 'membenarkan' peningkatan berlaku.

"Terdapat 28,621 kes di Selangor dengan 38 kematian sehingga 19 Julai.

"Ini adalah hampir tiga kali ganda kes berbanding tempoh yang sama tahun lepas, yang hanya menyaksikan 6,520 kes dan tujuh kematian.

04/07/2014

HAI NAJIB, T/PM PUN KENA JAGA DENGGI ???


NAJIB DAH TAK PERCAYA KEPADA MENTERI KESIHATAN ATAU ?????

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menangani kebimbangan umum tentang peningkatan kes demam denggi sejak akhir-akhir ini di seluruh negara, umum Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pasukan yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu akan turut disertai oleh menteri-menteri dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kerja Raya.

Pasukan itu juga akan turut melibatkan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi-agensi berkaitan, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

"Kerajaan berharap dengan penubuhan pasukan petugas khas ini akan dapat membendung peningkatan kes-kes demam denggi dengan kadar segera, di samping melaksanakan langkah-langkah pencegahan dengan lebih berkesan di seluruh negara," katanya.  BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...