Translate

Memaparkan catatan dengan label Gelandangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gelandangan. Papar semua catatan

07/07/2014

TENGKU ADNAN TIDAK LAYAK JADI MENTERI WILAYAH ????



Terlajak kereta boleh digostan, terlajak kata….

Orang tua-tua selalu berpesan kepada anak-anak muda, sebelum bercakap, lebih baik berfikir terlebih dulu. Tapi apabila orang tua-tua sendiri yang terlajak kata, lain jadinya.
Apatah lagi jika “orang tua” itu merupakan seorang pemimpin atau menteri. Inilah yang berlaku kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Pada 1 Julai lalu, agensi berita nasional Bernama melaporkan Tengku Adnan sebagai berkata, pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat.

03/07/2014

NGO DISEBALIK TABIR PAKATAN RAKYAT ???

Soup Kitchen boleh didenda.

KERAJAAN NAK KURANGKAN GELANDANGAN, NGO SOUP NAK MEMPERBANYAKKAN LAGI !!!
Kuala Lumpur: Badan bukan kerajaan (NGO), Soup Kitchen, bakal berdepan hukuman denda yang tinggi jika masih memberi makan kepada golongan gelandangan di kawasan pusat bandar bermula Isnin depan.
Arahan itu selaras dengan hasrat kerajaan bagi membersihkan imej bandaraya daripada kewujudan gelandangan yang semakin membimbangkan. 
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya memandang serius mengenai isu gelandangan berikutan terdapat masalah lain timbul seperti kebersihan pusat bandar dan pembawakan penyakit berjangkit.

"Soup Kitchen hanya boleh memberi bantuan makanan kepada gelandangan sejauh dua kilometer (km) keluar dari Kuala Lumpur.

"Saya sendiri banyak perhatikan kebanyakan gelandangan adalah invidu yang mampu bekerja namun malas kerana sedar banyak bantuan diberikan di pusat bandar," katanya ketika ditemui di majlis pelantikan Ahli Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam, di sini, hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...