Translate

02/07/2014

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat DI PECAT ???


KUALA LUMPUR: PAS akan memastikan sistem perundangan Islam terutamanya hukum hudud dilaksanakan mengikut lunas demokrasi di samping berpandukan kehendak majoriti rakyat seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat berkata parti itu akan berpegang teguh pada rancangannya untuk melaksanakan undang-undang hudud walaupun bertentangan pandangan dengan komponen Pakatan Rakyat khususnya DAP.

"Apa juga yang barangkali masyarakat tak boleh terima atau DAP tak boleh terima pada kita ia normal, tiada masalah.

"Itu pun lebih baik daripada dulu, kalau dulu lagi teruk...ramai yang menentang, sekarang sebahagian menentang dan penentangan DAP terhadap hudud pun bukan kerana mereka anti kepada Islam.

"Mereka (DAP) menentang kerana pada pandangan mereka ia bertentangan dengan perlembagaan, itu lebih baik daripada MCA yang memburuk-burukkan hudud," katanya dalam temubual ekslusif bersama Antarapos baru-baru ini.

Beliau menambah memperjuangkan hudud adalah sebahagian daripada agenda Islam parti itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...