Gagal pertahan kedai telekomunikasi, Utusan salahkan model perniagaan Cina
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini
menyalahkan model perniagaan kaum Cina selepas pengarangnya gagal
mempertahankan kedai telekomunikasi yang dijalankan sejak 10 tahun lalu.
Penolong Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hassan turut
menyalahkan Celcom selaku syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana gagal
mempertahankan perniagaan orang Melayu.
"Cara mento-menti peniaga Cina itu lebih berkesan
daripada yang dilakukan sistem kerajaan. Malangnya peniaga Melayu pula jatuh
muflis apatah lagi dikelilingi peniaga bukan Melayu.
Zaini berkata, isterinya mengusahakan kedai telekomunikasi
Celcom di Alamanda, Putrajaya bermula pada 2004 dan pernah dikunjungi Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri kabinet.
Katanya, sewa kedai di Alamanda pada mulanya RM2,500 namun
selepas 10 tahun dibuka sewanya mencecah RM30,000 sebulan.