Translate

06/07/2014

TEKNIK FORENSIK TERKINI "MENGIDUPKAN" MAYAT YANG SUDAH REPUT



Ciudad Juarez ialah antara 10 bandar paling bahaya di dunia dengar kadar pembunuhan yang tinggi akibat peperangan kartel dadah. Ratusan mayat ditemui mereput di tepi jalan dan padang pasir bandar yang terletak di Mexico ini. 

Setiap tahun ratusan mayat terpaksa ditanam sebelum sempat dikenal pasti identitinya. Mayat yang mereput teruk ataupun kekeringan sukar dikenal pasti kerana sudah hilang rupa asalnya. 

Oleh sebab ini ia memberikan idea kepada  Dr. Alejandro Hernández Cárdenas untuk mencipta teknik yang boleh mengembalikan sedikit sebanyak rupa mayat yang mereput ini kembali kepada rupa asal dengan harapan memudahkan pengenal pastian mayat mereka. 

Mari lihat sendiri bagaimana teknik forensik terkini ciptaan beliau ini bakal membantu mengenal pasti mayat yang dibuang akibat jenayah. Syabas  Dr. Alejandro Hernández Cárdenas. Ciptaan beliau ini pastinya berguna di masa hadapan.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...