Translate

30/04/2017

HAYAT MUHYIDDIN SEBAGAI PRESIDEN PARTI CAP BUNGA SEMAKIN PUPUS

Bukan lagi rahsia bila mana Muhyiddin Yassin menjadi sasaran serangan dari dalam parti yang dia sendiri adalah Presidennya. Hampir kesemua masalah dalaman yang melanda Parti Cap Bunga yang sepatutnya dia terajui tetapi sebenarnya ‘tali layang-layangnya’ dipegang oleh Mahathir, dihempuk atas kepala Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin Yassin dipersalahkan kononnya gagal mengawal ahli!
Muhyiddin Yassin dipersalahkan kononnya hanya melebihkan kroni dan orang-orang yang terdekat dengannya!
Muhyiddin Yassin dipersalahkan kerana tidak ambil peduli tentang parti sebaliknya membiarkan Dr. Mahathir yang bekerja keras untuk memperkukuhkan parti termasuklah ‘mempergunakan’ penjawat-penjawat awam bagi mewujudkan TSUNAMI MELAYU pada PRU-14 akan datang!

28/04/2017

Siapa Sebenarnya Dalang Kerugian RM30 Bilion Bank Negara Tahun 90an?

Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dirinya terlibat dengan skandal dagangan mata wang asing dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar era 90-an.
Menerusi satu kenyataan, Anwar yang kini dipenjarakan kali kedua berkata, skandal berkenaan sudah berjalan sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan di bawah naungan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri pada waktu tersebut.
“Masalah mula dikesan laporan yang membimbangkan dari media antarabangsa dan pasaran Zurich, sekitar akhir 1991 dan awal 1992, dan perkara tersebut dikemukakan semula kepada Gabenor BNM (Tan Sri Jaafar Hussein),” kata Anwar dalam satu kenyataan menerusi Unit Komunikasi PKR, semalam.
“Tan Sri Jaafar memberikan keterangan yang sama dan memaklumi bahawa Pengarah Urusan (yang menguruskan dagangan mata wang) tersebut di BNM adalah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
“Namun, manakala draf awal audit BNM 1991 dibentangkan, Perbendaharaan melahirkan kebimbangan. Gabenor BNM akui jumlah terlibat adalah lebih besar dari yang dijangka”.
Sumber: KLIK DISINI

24/04/2017

PULAU BATU PUTIH ADALAH HAK MUTLAK MALAYSIA

Pulau Batu Putih, Perbezaan Peguam Negara Yang Baru Dan Lama. Cuai Atau Sengaja?

1. Tindakan TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI memfailkan permohonan semakan berkaitan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh pada 2 Februari lalu merupakan satu keputusan yang telah lama ditunggu oleh rakyat negara ini.

2. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) “The Hague” memutuskan Pulau Batu Puteh merupakan milik Singapura.

3. Rentetan keputusan tersebut membawa pelbagai kritikan dan gosip mengenai pasukan Peguam Negara Malaysia di bawah Tan Sr Abdul Ghani Patail bertindak cuai dan sambil lewa atau dengan sengaja atau diarah oleh pehak yg lebih atas darinya untuk berbuat demikian. Malah tiada permohonan semakan penghakiman dibuat walau pun keputusan tersebut mengecewakan rakyat Malaysia.. Mengapa? Semuanya menjadi tanda tanya..

21/04/2017

DAP Kata PKR Punca PAS Tinggalkan Pakatan

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng pernah mengkritik Ketua De Facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam dialog tertutup di Lecture Theatre, Nanyang Technological University, Singapura.
Ahli Akademik,  Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Lim Guan Eng semasa dialog tersebut menyalahkan Anwar dan Langkah Kajang sebagai punca kepada Presiden PAS Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin berjauhan dengan parti pembangkang DAP dan PKR.

18/04/2017

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH SPRM - JANGAN PILIH BULU TERUSKAN

Tempoh Reman Adam Rosly Disambung 4 hari Lagi Ada Bukti Zuraida Terlibat

Tempoh reman Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Adam Rosly Abdullah dilanjutkan empat hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman terhadapnya sehingga 22 April ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

13/04/2017

DAP INGIN MEMERINTAH MALAYSIA DENGAN DESAKAN PAP???

PAP. "Dulu Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar dari Malaysia, PAP tukar jadi DAP. "Jadi, DAP ini anak butir tahi PAP.
(Saya) Sebut dengan bahasa yang kasar sedikit," katanya ketika berucap di ceramah perdana 'Sempena Kejayaan Pembentangan RUU 355' di Marang, Terengganu malam tadi.

Ceramah berdurasi hampir 35 minit itu disiarkan oleh Terengganu Kini yang dimuatnaik di laman Youtube hari ini. Dalam pada itu, Abdul Hadi turut membidas DAP yang mempertikaikan kerjasama PAS dengan UMNO sedangkan parti itu sendiri pernah berunding dengan pihak luar seperti Amerika Syarikat.

07/04/2017

RAFIZI PERLU BERUNDUR DARI ARENA POLITIK ????

Dalam Usaha Untuk Menghasut,
Semalam Rafizi dikecam teruk Di Facebooknya, hari ini dibelasah di Twitter pula, 
RUU355 mungkin satu pengalaman ngeri buat Rafizi

1. Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli (Pandan) dihujani kecaman dan kritikan terhadap tindak tanduknya di Dewan Rakyat pada semalam.

2. Rafizi memuat naik status dalam laman Facebook miliknya semalam bagi tujuan menghasut dengan meluahkan rasa tidak puas hati kononnya tidak diberi peluang berbahas berkenaan RUU355. Malangnya beliau menerima kecaman pelayar laman sosial itu yang terdiri daripada penyokong tegarnya sendiri.

3. Rafizi seolah-olah tidak faham tentang apa yang diperkatakan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sesi perbahasan RUU355 ditangguhkan pada sesi akan datang. Bukan disekat seperti dakwaannya. Berikut merupakan kecaman dan kritikan yang diterima Rafizi di laman sosial tersebut:

06/04/2017

BABON TERENCAT AKAL TERLEPAS DI DEWAN PARLIMEN ???

Khalid Samad seperti Babon cacat akal di Parlimen hari ini. Menentang usul memperkasakan undang undang mahkamah Syariah oleh Marang dan menganggu kosentrasi Marang membentangkan RUU355.

Kemudian beliau membantah keputusan Speker yang menangguhkan Sidang Parlimen dengan memohon untuk membahaskan usul RUU 355 ketika belum waktunya. Ketika ini masih sessi pembentangan dan sessi perbahasan belum lagi tiba. 

Kemudian Khalid Samad mempertikai keislaman pehak yang menyokong usul RUU355 dengan soalan berbunyi "islam ke macam ni? walhal Speker sudah pun menangguhkan sidang dan beliau mahu membahaskan RUU355 ketika belum waktunya"

Soalan sama untuk Khalid Samad dan Rafizi. Islam lagi ke macam ni?
Sumber: KLIK DISINI


01/04/2017

Pengundi Cina Tetap Tolak Pakatan Kerana Mahathir

Ini adalah dari seorang kolumnis Cina terkemuka Zhang Mu Qing di media Cina tempatan.
Kelihatan seperti kebanyakan masyarakat Cina pada umumnya menolak Pakatan kerana bersekongkol dengan Mahathir. DAP dilihat akan dihancurkan dalam pilihan raya akan datang kerana asas sokongan tradisional mereka berpaling arah akibat rasa meluat.
Petikan tulisan Zhang Mu Qing:

Selepas tsunami 308, ramai yang optimistik bahawa politik perkauman akan ditolak. Malangnya, selagi masih adanya Mahathir, berhentilah bermimpi!

Tidak kira sama ada Pakatan Harapan telah menganggap diri mereka bersatu dalam apa jua nama, kini terdapat dua barisan: satu diketuai oleh Najib dan satu lagi oleh Mahathir.

Jika Najib dan Mahathir bertanding di kawasan saya, saya akan berasa mudah untuk membuat keputusan. Undi saya akan pergi ke Najib dan bukan Mahathir yang ceramahnya penuh berbaur perkauman.

Saya tidak akan membuang undi rosak. Merosakkan undi adalah sama seperti menyokong kebangkitan perkauman.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...