Translate

30/09/2015

KHUTBAH AIDILADHA: APA PERLU UNTUK MOHON MAAF ???


Tengku Zulpuri Shah Raja Puri - 

Melayu tak sedar diri ??

KUANTAN 28 Sept. – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman tidak gentar dengan ancaman DAP yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa agama negeri kerana khutbah Aidiladha yang mendakwa DAP menentang Islam.

Menurut beliau, khutbah ter­sebut merupakan satu nasihat kepada orang Islam supaya bersatu padu dan bukan bersama dengan pihak yang mencabar Islam.

“Kita tidak akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha itu.

23/09/2015

BR1M BERI PETANDA TIDAK BAIK KEPADA MALAYSIA


Peningkatan kadar bantuan dan pertambahan bilangan penerima BR1M setiap tahun adalah isyarat tidak baik kepada Malaysia.

Senario itu jelas menunjukkan negara ini tidak makmur.

Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, situasi itu mendedahkan bahawa negara ini mempunyai ramai penduduk miskin, sedangkan sebelum ini kerajaan bersungguh-sungguh mahu membasmi kemiskinan.

“Apa maknanya jika penerima BR1M bertambah? Apa tujuan sebenar bantuan ini diwujudkan, adakah benar-benar mahu bantu rakyat atau ada agenda tersembunyi? Saya lihat BR1M pertama dilaksanakan pada 2012 adalah lebih kepada memancing undi.

22/09/2015

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz di PECAT ???

KUALA LUMPUR, 22 September:

1Malaysia Development Bhd menyuarakan rasa kesalnya ke atas kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang seolah-olah menyebut syarikat pembangunan strategik itu sebagai penyebab ringgit lemah.

Penyusutan nilai ringgit dan mata wang lain disebbakan oleh kejatuhan mendadak minyak mentah, unjuran kadar peningkatan kadar faedah US serta kelembapan ekonomi dunia dalam pasaran pesat membangun, katanya.

21/09/2015

HAJI HADI TETAP DENGAN PUTAR-BELITNYA MENGELIRUKAN RAKYAT ??

Ramlah berpendapat “tindakan tersebut memperlihatkan isteri pemimpin Pas ibarat barang mainan yang boleh ditukar ganti, selain direndahkan martabat mereka.

Sebaliknya pula "Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bai'ah itu meletakkan wanita pada kedudukan yang lebih tinggi"

Pemerhati politik, Datuk Dr Ramlah Adam menyifatkan tindakan Pas menjadikan ‘talak’ sebagai sebahagian daripada kandungan bai'ah untuk menjadi calon pilihan raya parti itu kini menjadi umpama senjata makan tuan.

Bercakap kepada portal Malaysiakini, Ramlah juga berpendapat tindakan tersebut memperlihatkan isteri pemimpin Pas ibarat barang mainan yang boleh ditukar ganti, selain direndahkan martabat mereka.

“Saya sedih bagi pihak mereka (isteri wakil rakyat Pas). Mereka seperti barang, seolah-olah dijadikan alat politik.

19/09/2015

Khalid Ibrahim sertai PAS

KUALA LUMPUR, 19 September:

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat dari PKR Ogos lalu, mengakui ada menerima tawaran untuk menyertai Pas.

Bagaimanapun, Khalid berkata beliau masih belum mempertimbangkan tawaran tersebut kerana mempunyai beberapa perkara untuk diselesaikan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Buat masa ini saya ada beberapa isu dengan PKR,” katanya yang dilapor Harakah Daily selepas menghadiri Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 yang dirasmikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pulau Serai, Dungun dekat sini malam tadi.

18/09/2015

Ayahanda Zul Badak mati ditembak


Kuantan 18 SEPT 2015:

Mangsa Arzurizan bin Abdul Rahman atau lebih dikenali ZUL BADAK mati ditembak dari jarak dekat. Kejadian berlaku pada 18/09/2015 jam lebih kurang 2.37 pagi ditepi sebuah restoran di Kuantan, Pahang.

Mangsa telah ditembak oleh suspek dua lelaki Melayu yang menggunakan kenderaan Proton Waja. Saspek melepaskan 4 das tembakan kearah mangsa. Mangsa cedera parah dibahagian kepala dan meninggal dunia ditempat kejadian. Pihak polis masih meneruskan siasatan.

RAJA BOMOH BUAT HAL LAGI


RAJA Bomoh, Ibrahim Mat Zin didakwa menjalankan acara ritual bagi mengurangkan jerebu.

Menurut laporan SuaraTV, Raja Bomoh berkenaan menggunakan teropong buluh dan meletakkan sebongkah ais di dalam kuali dan meminta jerebu 'membebaskan Malaysia'.

“Kita gunakan teropong sebagai simbolik, begitu juga dengan ais yang dapat membantu menjadikan suasana bebas dari jerebu,” katanya Ibrahim.

Beliau turut membacakan doa supaya jerebu hilang secepat mungkin.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mengklasifikasikan perbuatan Raja Bomoh berkenaan sebagai haram.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini menegaskan keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh terbabit.

Sumber: KLIK SINI

17/09/2015

AZMIN ALI MELAYU TAK SEDAR DIRI


KUALA LUMPUR, 17 Sept:

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkan perhimpunan Baju Merah yang berlangsung di Padang Merbok semalam sebagai ‘memalukan’.

Menurut beliau, negara berdepan dengan hari yang memalukan apabila ribuan peserta Baju Merah, dengan kebenaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, turun ke Kuala Lumpur dan meniup sentimen ketuanan Melayu serta mencetuskan kebencian terhadap kaum lain khususnya Cina.

“Hari ini adalah hari di mana rakyat Malaysia bersatu, sebagaimana yang mereka lakukan di Taman Tasik Shah Alam, Selangor, berjalan untuk perpaduan bagi memenangi cita-cita keamanan, hormat dan kasih sayang.

16/09/2015

Lebih 250,000 peserta hadir Himpunan Baju Merah


KUALA LUMPUR, 16 September:

Tidak kurang dari 250,000 peserta himpunan Kebangkitan Rakyat Bersatu hadir bagi menyertai himpunan tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata ramai lagi peserta cuba memasuki kawasan Padang Merbok tetapi memandangkan lokasi itu tidak dapat memuatkan semua peserta yang hadir dalam satu masa, maka setengah daripadanya hanya sempat berkumpul di Jalan Sultan Ismail.

“Himpunan ini merupakan himpunan aman dan pihak yang menimbulkan kekacauan akan diambil tindakan selaras dengan undang-undang negara,” katanya ketika berucap dalam himpunan Baju Merah di sini hari ini.

14/09/2015

PAS KESAL TERLALU BANYAK KATAK MELOMPAT DI MUSIM JEREBU/TENGKUJUH


KOTA BHARU, 13 September:

Tindakan ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar melompat parti terus mendapat kritikan pelbagai pihak yang melihatnya sebagai pengkhianatan terhadap idealisme, prinsip dan harapan pengundi di kawasan itu.

Selepas Dewan Pemuda Pas Kawasan Tumpat (DPPKT) tampil menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, kini giliran Ikatan Generasi Y Tumpat (iGET) mewakili mahasiswa Parlimen Tumpat melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Kamaruddin yang dilihat sebagai tidak setia dan mengkhianati parti.

13/09/2015

‘Anjing menyalak babi yang ada di bukit’

SHAH ALAM, 12 September:

“Anjing tak salak bukit tapi anjing menyalak babi yang ada di bukit itu. Ini yang sebenarnya.”

Itu kata Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptama di Kongres Rakyat yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Katanya, Kongres Rakyat yang diadakan buat julung kalinya bukan seperti ‘anjing menyalak bukit’ kerana ia berperanan sebagi platform untuk menegur kepimpinan kerajaan.

Sebaliknya kata Abdul Hadi, ia merupakan pentas rakyat untuk saling memberi pandangan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh mereka dan memberi tekanan kepada kerajaan pemerintah.

“Kongres hari ini mengajar kita bertukar fikiran walaupun kita adalah golongan yang lemah. Orang boleh kata kita macam anjing salak bukit sahaja, ya macam anjing salak bukit.

“Kita tak salak bukit. Menyalak kelemahan yang berlaku, najis-najis yang mempalitkan kita semua. Marilah selesaikan masalah ini dengan sebaiknya,” katanya.

Menurutnya yang juga Presiden PAS, permasalahan yang berlaku ini adalah disebabkan kesemua pihak sering bercakaran sesama sendiri sama ada soal parti mahupun kaum.

“Kenapa? Sibuk bercakaran antara satu sama lain. Kita mengaku PAS juga bercakar, Umno juga bercakar, semua parti-parti bercakar antara satu sama lain.

“Bercakar dalaman, bercakar antara kaum. Sama-sama kaum pun bercakar. Kita tak menggunakan sikap kemanusiaan yang sebenar yang ada pada kita. Sebab itu kami memperkenalkan acuan Islam,” ujarnya.

Sindiket dadah tumpas, dua anggota polis ditahan


JOHOR BAHRU, 13 September:

Satu sindiket penyalahgunaan dadah berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya enam suspek termasuk dua orang anggota polis dan seorang wanita, dalam satu operasi khas dua hari lalu.

Difahamkan ahli-ahli sindiket itu menjual methamphetamine kristal (syabu), pil psikotropik dan juga ganja di sekitar daerah Johor Bahru beberapa bulan lalu.

Hasil siasatan mendapati kumpulan itu juga terlibat dalam kes curi dan pecah rumah yang dipercayai sebagai pendapatan sambilan.

Suspek yang ditahan berusia di antara 25 dan 38 tahun ditahan oleh pihak polis secara berperingkat ekoran pemeriksaan rutin di sebuah rumah di Jalan Padi Malinja 8 di Bandar Baru Uda di sini pada pagi Rabu.

12/09/2015

Azmin memperbodohkan rakyat negeri Selangor dan ‘hina’ agama Islam

SEBELUM ini PKR menipu rakyat apabila menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menerusi daftar RM2 sahaja di Suruhanjaya Syarikat Malaysia tanpa melalui enakmen dan kelulusan Dewan Undangan Negeri.
Kali ini kerajaan Selangor didakwa memperbodohkan rakyat negeri itu dan ‘hina’ agama Islam apabila bangga menonjolkan DEIG pernah membayar zakat perniagaan bernilai RM2.5 juta ketika Ramadan pada 12 Julai lalu.
Isu itu didedahkan ADUN BN Sungai Panjang, Budiman Zohdi yang persoalkan bagaimana DEIG boleh sahaja selamba mengagihkan wang zakat termasuk kepada beberapa ranting atau cawangan PKR di Negeri Sembilan.

11/09/2015

AZMIN ALI MENYERTAI PAS ??

Azmin Perlu Pilih PAS
PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP meminta Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menyatakan pendirian sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bekerjasama dengan PAS jika pakatan Pembangkang baru diwujudkan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, Azmin perlu membuat pilihan sama ada bekerjasama dengan DAP atau PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sehaluan.
"Azmin perlu pilih untuk bekerja dengan yang mana satu pada masa akan datang, kerana tidak lagi realistik untuk pakatan antara DAP dengan PAS," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

10/09/2015

ROSMAH ADALAH PUNCA SEGALA-GALANYA PERTADBIRAN NAJIB HANCUR ???

Zeti Aziz enggan layan permintaan Rosmah

Antara apa yang Asia Sentinel laporkan semalam ialah, atas dasar takut, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu dipecat kerana bimbang pendedahan ke atas penyiasatan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan akaun peribadi Rosmah dan Najib.

Rosmah dikatakan marah dengan kebocoran maklumat berkenaan akaun banknya dan mengenai kemasukkan wang berjumlah RM2 Juta ke dalam akaun peribadinya.

Susulan dari kebocoran maklumat tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat peribadi akaun banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam

09/09/2015

MEMANG SIAL SI TONY PUAKA NI, TAK MENGAKU LAGI

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP, Tony Puaka akhirnya mengakui beliau adalah kenalan kepada editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown yang didakwa melakukan komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laporan palsu mengenai 1MDB.
Tony turut mengakui mengenali serta berkongsi maklumat dengan Clare sejak tahun 2012 mengenai Malaysia termasuk berkongsi nombor telefon ahli-ahli politik pembangkang di Malaysia serta Datuk Tong Kooi Onn dari Kumpulan Media The Edge.

07/09/2015

TAK DAPAT PROJEK, JADI PENGKHIANAT PARTI PULAK ???


KUALA TERENGGANU - Pas Negeri Terengganu hari ini mendesak Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu kerana sudah menyertai Parti Amanah Negara dan menjadi pengerusi untuk negeri Terengganu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, tindakan itu perlu dilakukan Ahli Parlimen terbabit berdasarkan baiah yang ditandatanganinya pada 18 April 2013 di Rusila, Marang.

"Beliau secara sukarela telah melafazkan sumpah baiah itu di depan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, saksi-saksi, kepimpinan Pas dan calon Pas untuk pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

04/09/2015

Anwar Gembira Tun Mahathir Sokong Bersih 4

KUALA LUMPURPesalah kes liwat yang juga penentang kuat parti UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan penyertaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam perhimpunan haram Bersih 4 bagi menggulingkan kerajaan baru-baru ini.
Beliau dalam satu perutusan daripada penjara Sungai Buloh berkata, perhimpunan yang menyusahkan ramai pihak itu membuktikan rakyat Malaysia matang tentang hak mereka untuk bersuara dan berhimpun.
“Saya ucap tahniah kepada rakyat Malaysia yang sertai perhimpunan aman Bersih 4. Saya juga alu-alukan kehadiran Tun Mahathir dalam turut menyertai perhimpunan Bersih 4,” katanya.

02/09/2015

ALLAHHUAKHBAR SUDAH SAMPAI MASANYA UMNO/PAS BERMUAFAKAT


PASIR PUTEH 1 Sept. - Buat pertama kali dalam sejarah, penyokong UMNO dan Pas hari ini bersama-sama membuat laporan polis terhadap sikap biadab peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 yang memijak gambar presiden kedua-dua parti tersebut.


Laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok itu bertujuan mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap individu yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perhimpunan haram tersebut kelmarin.

Malah penyokong kedua-dua parti itu bersama-sama melaungkan ‘hidup UMNO’; ‘hidup Pas’; ‘lenyap DAP’ dan ‘Bersih biadab’ ketika berarak keluar dari IPD tersebut sejurus laporan polis dibuat.

01/09/2015

PAS PERLU BERTINDAK KEPIMPINAN MELALUI TELADAN


DAP telah mencetuskan bibit permusuhan serta menanam sentimen kebencian yang tidak sewajarnya secara emosi dan mencabar kesabaran kami anak-anak muda PAS.

NOTA AMARAN

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
16 Zulkaedah 1436 | 31 Ogos 2015
INSIDEN PIJAK GAMBAR PRESIDEN PAS : PENGANJUR BERSIH 4.0 DIGESA MOHON MAAF

1. Kami menggesa penganjur BERSIH 4.0 segera tampil memohon maaf di atas insiden melampau, biadap dan provokatif yang dilakukan beberapa individu di dalam perhimpunan tersebut dengan memijak gambar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

2. Sekiranya tiada pihak dari entiti BERSIH 4.0 tampil berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, bermakna kalian merestui dan bersubahat dengan perbuatan tersebut.

3. Kalian telah mencetuskan bibit permusuhan serta menanam sentimen kebencian yang tidak sewajarnya secara emosi dan mencabar kesabaran kami anak-anak muda PAS.

4. Kalian perlu menyedari perbuatan tidak hormat sedemikian bakal mengheret persepsi dan memburukkan imej serta nama BERSIH yang kamu dukungi.

5. Kami berlepas tangan, seandainya kemarahan yang sedang membakar kini kian marak dan membakar kamu jika enggan menyelesaikan keterlanjuran tersebut secara harmoni.

Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...