KUALA LUMPUR,
17 Sept:
Timbalan
Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkan perhimpunan Baju Merah yang
berlangsung di Padang Merbok semalam sebagai ‘memalukan’.
Menurut beliau,
negara berdepan dengan hari yang memalukan apabila ribuan peserta Baju Merah,
dengan kebenaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, turun
ke Kuala Lumpur dan meniup sentimen ketuanan Melayu serta mencetuskan kebencian
terhadap kaum lain khususnya Cina.
“Hari ini
adalah hari di mana rakyat Malaysia bersatu, sebagaimana yang mereka lakukan di
Taman Tasik Shah Alam, Selangor, berjalan untuk perpaduan bagi memenangi
cita-cita keamanan, hormat dan kasih sayang.
“Jadi tidak boleh
digambarkan dengan kata-kata melihat perbuatan memalukan segelintir rakyat
Malaysia berbaju merah, melaungkan slogan perkauman dan meluahkan penghinaan
dan kebencian terhadap komuniti lain,” katanya dalam satu kenyataan media.
Azmin turut
mempersoalkan sama ada ini adalah idea terbaik Umno dalam mengembalikan maruah
Melayu.
“Adakah mereka
cuba melakukannya dengan membawa ribuan peneroka Felda dan ahli parti daripada
seluruh negara dan membiarkan mereka huru-hara dan menghina orang lain?
“Adakah ini
idea Umno untuk menunjukkan sokongan terhadap Perdana Menteri? Menimbulkan
sentiment anti-Cina dan anti-DAP, membuat provokasi dengan berarak ke Low Yat
dan Jalan Petaling?” soalnya.
Sementara itu,
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut mendakwa perhimpunan berkenaan
‘menjual maruah Melayu’.
“Hari Malaysia
sepatutnya diraikan dengan mengukuhkan ikatan sesama kita dan mengekang
sebarang sentimen perkauman.
“Masyarakat
Melayu menolak perkauman, mengekalkan persahabatan dan membangtu antara satu
sama lain. Orang Melayu juga merupakan kaum jujur yang sentiasa memaafkan dan
mementingkan ikatan kekeluargaan.
“Sebagai kaum
majoriti, kita sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada kaum lain bagi
memastikan perpaduan antara kaum dapat dikekalkan,” katanya dalam satu
kenyataan.
Sumber: KLIK SINI