DAP telah mencetuskan bibit permusuhan serta menanam sentimen kebencian
yang tidak sewajarnya secara emosi dan mencabar kesabaran kami anak-anak muda
PAS.
NOTA AMARAN
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
16 Zulkaedah 1436 | 31 Ogos 2015
INSIDEN PIJAK GAMBAR PRESIDEN PAS :
PENGANJUR BERSIH 4.0 DIGESA MOHON MAAF
1. Kami menggesa penganjur BERSIH 4.0
segera tampil memohon maaf di atas insiden melampau, biadap dan provokatif yang
dilakukan beberapa individu di dalam perhimpunan tersebut dengan memijak gambar
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
2. Sekiranya tiada pihak dari entiti
BERSIH 4.0 tampil berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, bermakna kalian
merestui dan bersubahat dengan perbuatan tersebut.
3. Kalian telah mencetuskan bibit
permusuhan serta menanam sentimen kebencian yang tidak sewajarnya secara emosi
dan mencabar kesabaran kami anak-anak muda PAS.
4. Kalian perlu menyedari perbuatan
tidak hormat sedemikian bakal mengheret persepsi dan memburukkan imej serta nama
BERSIH yang kamu dukungi.
5. Kami berlepas tangan, seandainya
kemarahan yang sedang membakar kini kian marak dan membakar kamu jika enggan
menyelesaikan keterlanjuran tersebut secara harmoni.
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia