DAP Nyata Biadap Kuasai
Bersih 4.0 Serlah Agenda Zionis
SECARA
kebetulan jika dilihat hanya akhbar berbahasa Cina yang begitu galak
mempromosikan perhimpunan haram Bersih 4.0 dengan memainkan berita daripada
penganjurnya itu secara meluas dan besar-besaran.
Langkah Pas bertegas memulaukan demonstrasi jalanan
tiada permit itu nyata memberi kesan besar sehingga memaksa DAP mengambil alih
peranan sebagai penganjur utama himpunan selama dua hari Bersih kali ini.
Tindakan parti cauvinis Cina itu nyata berjaya
mendedahkan mereka menipu rakyat Malaysia selama ini kerana dalang Bersih
tersebut sering mendakwa adalah bebas dan tidak berpihak kepada mana-mana parti
politik.
Apa yang pasti Bersih 4.0 memang agenda tersirat
DAP konon memperjuangkan proses pilihan raya adil dan telus untuk semua kaum
tetapi jika dilihat, majoriti besar peserta perhimpunan itu adalah Cina penyokong tegar DAP.