Tengku Zulpuri Shah Raja Puri -
Melayu tak sedar diri ??
KUANTAN 28
Sept. – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman tidak gentar dengan
ancaman DAP yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa
agama negeri kerana khutbah Aidiladha yang mendakwa DAP menentang Islam.
Menurut beliau,
khutbah tersebut merupakan satu nasihat kepada orang Islam supaya bersatu padu
dan bukan bersama dengan pihak yang mencabar Islam.
“Kita tidak
akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik
teks khutbah Aidiladha itu.
“Sepatutnya
mereka yang memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal
Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan,” katanya ketika dihubungi Utusan
Malaysia, di sini hari ini.
Beliau diminta
mengulas mengenai tindakan DAP kelmarin yang menggesa JAIP memohon maaf berhubung
teks khutbah Aidiladha itu.
Pengerusi DAP
Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri dilaporkan memberi masa lima hari
sehingga Rabu ini untuk JAIP memohon maaf secara terbuka dan menarik balik
khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang.
Menurut Abdul
Rahman, beliau sedih dengan tindakan beberapa orang Islam dalam DAP yang lebih
mempertahankan dasar parti itu dan tidak menghormati institusi Islam.
“Saya rasa
terkilan dengan orang Islam dalam DAP, sepatutnya mereka kena mempertahankan
ahli agama dan institusi Islam ini, namun mereka pula ingin menyaman kami dan
meminta kami memohon maaf,” katanya.
Dalam teks
khutbah solat sunat Aidiladha yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang
itu, umat Islam dinasihat supaya terus bersatu padu walaupun berlainan ideologi
politik bagi mengelak perpecahan dalam kalangan orang Melayu yang semakin
ketara.
Perpecahan itu
kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam
seperti UMNO, Pas, PKR dan ditambah dengan Parti Amanah Negara (Amanah) malahan
ada dalam kalangan umat Islam yang menyertai DAP secara terang-terangan
menentang Islam.
Sumber Rujukan: KLIK SINI
S
Sumber