KONFLIK di Semenanjung Barat melibatkan pasukan tentera Israel dan Hamas, dijangka bertukar menjadi perang pada bila-bila masa dari sekarang sebaik ribuan askar Israel yang berkumpul di sempadan Gaza-Israel, menyeberang masuk.
Sudah tentu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong Israel dalam konflik ini kerana yang disebut-sebut ‘bakal’ menjadi Perdana Menteri, Kohen (paderi dalam bahasa Hebrew) Anwar Ibrahim sudah tercatat dalam sejarah sebagai salah seorang pelindung keselamatan Israel yang tersohor di dunia.
Kita kena banggalah, sebab bukan calang-calang orang boleh dapat pengiktirafan yang sebegitu tinggi dari puak yahudi ini, dalam sejarah Malaysia, Anwar jadi yang pertama dan mungkin terakhir mendapat pengiktirafan tersebut.