Translate

17/11/2012

Isytihar Harta: Ketua Pemuda Pas Buka Pekung Sendiri

Semalam Ketua Pemuda Pas yang serban sebesar bakul atas kepala telah mengisytihar jumlah harta dan pendapatannya semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat.

Bila dilihat kepada cara dia mengisytiharkan harta dan pendapatannya itu, sekali imbas orang akan terpaku melihat kepada kejujuran dan kezuhudannya. 

Tetapi bagi saya apa yang diumumkannya semalam bukan sebuah pengakuan yang jujur. Ianya tidak lebih dari satu lakonan politik sahaja supaya terpilih sebagai calon dan seterusnya memancing undi. 

Kita sama-sama lihat apa yang diumumkannya semalam....
"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.

"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.
 

Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.
 

Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.
 

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.
 

"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.


"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia".

Baca lagi dan KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...