Translate

16/11/2012

Muktamar Atau Tidak PAS Tetap Jadi Balaci Anwar

Capture_muktamar
RAMAI orang bertanya dengan penulis, kenapa PAS pilih November untuk adakan Muktamar bila dia tahu UMNO pun akan adakan Perhimpunan Agung pada bulan yang sama?

Biasanya Muktamar PAS pada bulan Jun dan UMNO sejak 2009 mengadakan perhimpunan Agung antara Oktober hingga Disember.

Nak ditunjukkan disini, bukanlah pelik untuk UMNO (dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak), mengadakan perhimpunan agung antara 3 bulan terakhir dalam tahun tersebut.

Jawapan penulis kepada soalan tersebut ialah, memandangkan pilihanraya umum sudah hampir, inilah masa untuk PAS mengadakan persaingan populariti dengan UMNO.  Maka itu dia pilih mengadakan muktamar dulu supaya bila berlangsung perhimpunan agung UMNO nanti, PAS boleh tunjuk dimana dia hebat berbanding dnegan UMNO.

Dalam Pakatan Rakyat, PAS setaraf tikus (kesian tikus).  Dia tak boleh nak tunjuk hebat lebih-lebih sebab parti itu hanya taraf pencacai sahaja.  Jadi nak menaikkan moral pengikutnya, PAS menjadikan UMNO sebagai perbandingan kenapa dia perlu nampak lebih hebat di kalangan ahlinya sendiri, sebelum orang lain.

Kalau tidak nanti, bila ada acara besar yang dianjurkan Pakatan Rakyat (guna duit yahudi), peranan Unit Amal PAS sebagai  jaga dan traffic controller  tidak akan memberi kesan sebab tidak ada orang nak dengar dan ikut arahan mereka lagi dah.

Maklum, tikus, siapa nak dengar arahan tikus?

Maka itu, somehow or rather, PAS mesti nampak hebat, dan dengan itu mesti ‘kelihatan’ bersaing dengan parti yang sudah tentu hebatnya, UMNO.

Itulah jadinya kenapa sekarang PAS mengadakan Muktamar tidak jauh dari tarikh UMNO akan mengadakan perhimpunan agung.

Of course, bila kita tanya orang PAS, mereka akan beri alasan yang skema dan bunyi-bunyi Arab sikit, ini memang biasalah. Kalau tidak, serban dan jubah tak bermakna nanti.  Paling tidak “suka hati akulah” – orang PAS, tahu sajalah.

Sebetulnya PAS hanya bermuktamar untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), selain dari nak bagi nampak macam parti yang hormat demokrasi.  Hakikatnya, itu wayang saja, kita pun tahu, tidak ada apa yang diputuskan di Muktamar ini yang diguna pakai oleh kepimpinan tertinggi PAS.

Terutamanya bila bercakap tentang hubungan terlarangnya dengan DAP dan PKR, terutama sekali DAPlah.

Muktamar cakap lain, hari-hari selepas muktamar kita akan dengar cerita lain.  Muktamar lulus usul negara berkebajikan, selepas Muktamar bila Nik Aziz tengok sokongan Melayu semakin merosot, dia ubah semula kepada hudud dan negara Islam, hilang dah cerita negara berkebajikan.

Tapi sudah tentu perkara tersebut hanya setakat dibual-bualkan sahaja, tidak berani nak dinyatakan secara rasmi.  Caranya,  depan ahli dan orang kampung, dia nyanyi lagu hudud, depan Anwar dan DAP dia nyanyi lagi negara berkebajikan, takut Anwar Ibrahim marah.

Sebab itu dalam Muktamar kali ini kita dengar sekali lagi perkataan negara berkebajikan, hudud dengan negara Islam, confirm tak berani nak sebut.  Nurul Izzah nak ‘buka’ kebebasan beragama di kalangan Melayu pun PAS tak berani nak bincang, kononnya masalah kecil.  Sejak bila persoalan akidah jadi kecil pada PAS?

Betul-betul taraf pencacai.  Macam ini nak majukan negara, macam ini nak majukan Islam?  Yang bodoh saja akan fikir begitu.

Apa pun selamat bermuktamar, yang terakhir sebagai kerajaan di Kelantan dan Kedah!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...