Translate

17/11/2012

GEMPAR BERAPI! ANAK-ANAK IKAN ANWAR KENA CEKUP DALAM OPS KUNYIT!

Pandan Indah merupakan kawasan yang dikatakan kubu kuat PKR. Parlimen Pandan mempunyai dua DUN iaitu DUN Cempaka dan DUN Teratai. Walaupun Parlimen Pandan dikuasai oleh Ong Tee Kiat, penyandangnya dari MCA, namun DUN Cempaka pula dikuasai oleh PAS menerusi Iskandar Samad yang merupakan salah seorang Exco Selangor dan DUN Teratai dikuasai oleh Jenice Lee dari DAP. 

Sebelum Pakatan Rakyat menguasai DUN Cempaka dan DUN Teratai, seluruh kawasan Pandan Indah telah ‘dibersihkan’ daripada rumah-rumah urut, perjudian haram, sindiket pemerdagangan manusia dan sebagainya. Malah, Kerajaan UMNO-BN pada zaman Khir Toyo telah berjaya membersihkan Pandan daripada rumah-rumah setinggan dengan kehadiran pendatang-pendatang asing tanpa izin, khususnya dari Indonesia terkawal. 

Bagaimanapun, sebaik-baik sahaja Pakatan Rakyat menguasai Selangor, Pandan selain Ampang telah menjadi sarang untuk segala macam kemaksiatan, bahkan turut menjadi sarang penjenayah dan pendatang asing. Apabila penduduk mulai mempertikaikan peningkatan kadar jenayah, PKR dan Pakatan Rakyat mula bercerita tentang PENGUNDI HANTU dan PENDATANG ASING.

Sedangkan hakikatnya, kebanyakan pendatang asing yang ditemui, mempunyai ‘kaitan rapat’ dengan Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan Anwar Ibrahim.

Sumber:housepk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...