Pandan Indah merupakan kawasan yang dikatakan kubu kuat PKR. Parlimen Pandan mempunyai dua DUN iaitu DUN Cempaka dan DUN Teratai. Walaupun Parlimen Pandan dikuasai oleh Ong Tee Kiat, penyandangnya dari MCA, namun DUN Cempaka pula dikuasai oleh PAS menerusi Iskandar Samad yang merupakan salah seorang Exco Selangor dan DUN Teratai dikuasai oleh Jenice Lee dari DAP.