Translate

30/06/2015

ISU DEMI ISU TIMBUL MENGIKIS KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN


SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan isu-isu besar yang melanda negara kini seperti krisis 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terbaharu isu yang membabitkan anak syarikat Majlis Amanah Raya (Mara), Mara Incorporated Sdn Bhd telah mengikis keyakinan rakyat  terhadap kerajaan.

Sehubungan itu kata pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, kerajaan pimpinan BN, mahu atau tidak perlu mencari strategi terbaik untuk memulihkan keadaan.

29/06/2015

Khalid Samad Duri Dalam Daging Bagi PAS ???

Prestasi PAS Menurun Tanpa Suara Progresif
PETALING JAYA: Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad percaya prestasi parti itu yang kini diterajui kumpulan ulama mungkin akan menurun tanpa suara progresif.

"Sudah ada pelbagai isu dalam kepimpinan yang lalu. Jadi apabila kumpulan yang dikenali sebagai 'progresif' tiada lagi dalam parti, wujud kebimbangan bahawa trend itu akan menjadi lebih buruk.

28/06/2015

BIARKAN LAH DIA (PALANIVEL) NAK MASUK MANA2 PARTI PUN !!!

BERADA DALAM BN PUN BUAT HURU-HARA PARTI MIC.

JOHOR BAHARU, 27 Jun (Bernama) -- Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyangkal dakwaan baru-baru ini bahawa bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dikatakan mahu menyertai parti DAP.

"Saya tidak percaya dengan cerita kalau kecewa, nak masuk DAP lah, masuk PKR lah, PAS dan sebagainya, semua itu tidak betul. Itu semua saya ingat warna-warni dalam pergolakan politik," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Kacau Dodol Perdana, di sini Jumaat petang.

27/06/2015

PKR TAKUT DENGAN BAYANG2 TAN SRI KHALID JADI MB ???

Mustahil Khalid Kembali Jadi MB Selangor - PKR

PETALING JAYA: Cita-cita Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kembali menduduki kerusi menteri besar Selangor adalah mustahil, kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Hairan dengan tawaran Khalid, Shamsul berkata menteri besar sedia ada, Mohamed Azmin Ali mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor daripada PKR, DAP dan PAS.

"Ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang menyokong Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan PKR melalui Azmin. Jadi tidak berbangkit sebarang isu berkenaan kehilangan sokongan majoriti ke atas Azmin pada ketika ini.

26/06/2015

Transformasi Usaha Kurang Jumlah Penjawat Awam di Malaysia?

CUEPACS Hantar Memorandum Bantah Beku Ambil Kakitangan Baharu
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menghantar memorandum bantahan terhadap cadangan pembekuan pengambilan kakitangan dan pewujudan jawatan baharu dalam sektor awam dalam masa terdekat.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata tindakan itu perlu kerana cadangan kerajaan itu dikhuatiri akan memberi kesan besar terhadap graduan universiti yang baharu menamatkan pelajaran selain menambah masalah kekurangan kakitangan yang berkhidmat dalam sesuatu sektor.

25/06/2015

KPDNKK SABAH BOLEH AMBIL TINDAKAN KENAPA DI SEMENANJUNG TIDAK ??

Tidak Letak Tanda Harga, Peniaga Bazar Ramadan Terima Notis KPDNKK
KOTA KINABALU: Peniaga bazar Ramadan di Kinarut, Papar yang tidak meletakkan tanda harga pada jualan masing-masing telah diberi notis peringatan oleh pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Sabah, Selasa.

Pengarah Penguat kuasa KPDNKK negeri Severinus Tukah berkata sebanyak 42 notis dikeluarkan berikutan pemeriksaan pegawai penguat kuasa mendapati ramai peniaga gagal mematuhi peraturan.
"Hanya 40 peratus peniaga meletakkan tanda harga pada makanan dan minuman jualan mereka," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu.

24/06/2015

DAH MUAK DAN PERKARA BERULANG-ULANG TIADA TINDAKAN


KUALA LUMPUR 21 Jun – Gaji dan elaun yang diterima seorang pegawai penguat kuasa di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah ini hanyalah sekitar lebih RM4,000 sahaja, tetapi gaya hidup yang diamalkannya sangat mengujakan.

Bukan hanya berkereta mewah jenis pacuan empat roda tetapi turut memiliki beberapa lagi kenderaan baharu. Dia juga mempunyai rumah besar di kampung malah ke luar negara untuk bercuti bersama isteri dan anak pada setiap tahun.

Jika dihitung, jumlah pendapatan yang diperoleh pegawai kerajaan ini tidak mampu menampung gaya hidup mewah keluarganya dan itu menimbulkan persoalan terhadap sumber kekayaan ’luar biasanya’

23/06/2015

PALANIVEL PATUT DISINGKIRKAN SEGERA ???


TIDAK MENGAKU KESILAPAN SENDIRI DAN MENYALAHKAN ORANG LAIN.

KUALA LUMPUR 21 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegur Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel kerana memutarbelitkan fakta dan mengheret orang lain ke dalam krisis parti itu.

Najib berkata, beliau akan memanggil Palanivel bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya pada perjumpaan khas MIC dengan pengerusi cawangan parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

“Saya akan panggil Palanivel untuk memberi penjelasan berhubung komen beliau di PWTC seperti yang dilaporkan.

22/06/2015

"Saya kecewa ketirisan meningkat" kecewa dengan prestasi kementerian dan agensi kerajaan

Sedutan Wawancara bersama Pengerusi PAC.

Paling mengejutkan adalah sebanyak 13 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk projek pembinaan dilaksanakan sebelum melalui proses perolehan dan projek yang tidak mengikut spesifikasi.

Ingatkan prestasi bertambah baik selepas banyak pendedahan dan teguran dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara pada tahun-tahun sebelum ini tetapi sebaliknya yang berlaku.

saya ada berbual dengan pegawai kerajaan yang sudah bersara. Dia menyatakan dia berkhidmat dalam jabatan kerajaan dari zaman peralihan pentadbiran British dahulu, kemudian peralihan di zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, peralihan era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sampai sekarang, apa yang dia perhatikan pegawai kerajaan sekarang tidak ada kebanggaan untuk bekerja.

21/06/2015

Aksi pelik wanita seksi makan diri


Beijing: Seorang lelaki ditangkap di bandar Tengzhou di wilayah Shandong selepas mengaku berpakaian perempuan untuk membolehkannya memasuki bilik air wanita.

Polis semalam memasuki bilik air wanita di sebuah perpustakaan di bandar berkenaan selepas menerima laporan mengenai kegiatan menghendap.

Mereka menemui suspek memakai skirt mini ketat, berkasut tumit tinggi, bermekap tebal dan memiliki payu dara besar luar biasa di dalamnya.

“Bentuk badannya sama dengan lelaki,” kata seorang anggota polis.

Selepas disoal siasat, lelaki itu mengaku berpakaian perempuan untuk membolehkannya menghendap wanita di dalam bilik air.

SUmber: KLIK SINI

20/06/2015

Dalam berkerajaan tidak boleh sama sekali kita melanggar perintah Allah dan berpihak kepada golongan kafir dan sekutunya


PAS PERLU MENGAMBIL PENDIRIAN YANG TEGAS DIDALAM PAKATAN RAKYAT.

Kupasan juz ketiga hari ini berkait rapat dengan dua surah iaitu surah Al-Baqarah dan surah Al-Imran. Surah Al-Baqarah pada juz ketiga ini, bermula dengan ayat 253 dan berakhir pada ayat 286 seterusnya di ikuti surah Al-Imran daripada ayat 1 sehingga ayat ke 91 sahaja.

Juz ketiga dimulakan dengan beberapa aspek tarbiyah yang menyeru agar orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah membelanjakan harta mereka kearah kebaikan.

Allah telah menjelaskan cara untuk menginfakkan harta serta Allah memberi anugerah yang besar kepada orang yang berbuat demikian.

18/06/2015

Negara paling lama dan paling singkat berpuasa 2015


ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$# ÇÊÈ  

Bilangan jam berpuasa pada bulan Ramadan yang mulia berbeza dari negara ke negara mengikut latitud dan longitud. 

Umat Islam di Denmark akan menyaksikan waktu paling lama berpuasa di dunia sehingga 21 jam sesuai dengan peta terkini untuk merakam waktu berpuasa di seluruh dunia.

Dan umat Islam di Argentina Sasmon kurang selama 9 setengah jam. Di UAE, ia akan berpuasa selama 14 jam dan 51 minit.

Menurut ahli-ahli astronomi, hemisfera utara bukan sahaja akan menyaksikan tempoh yang paling lama berpuasa, tetapi akan hidup gelombang haba adalah yang tertinggi selama 33 tahun pada bulan Ramadan yang mulia.

Ini kerana matahari melewati Tropic of Cancer di hemisfera utara, membuat hemisfera puncak musim panas hidup utara dan musim sejuk tiba di hemisfera selatan.

12/06/2015

Tahniah Universiti Malaya (UM) – IPTA (Ranking 29 di Asia)


Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA, IPTS? UM 29 Terbaik Asia! Apa Kata Pelajar, Bekas Pelajar dan Pensyarah?

Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA IPTS? Universiti Malaysia UM 29 Terbaik Asia! Apa Kata Pelajar, Bekas Pelajar dan Mahasiswa?
Bukan senang, untuk melihatkan kedudukan dan ranking universiti di Malaysia berada sama tinggi dalam senarai ranking universiti terbaik di Asia yang lain apatah lagi tersenarai dalam kalangan universiti terbaik di dunia pada hari ini. Syaratnya, orang politik kena kurangkan masuk campur dalam urusan pengurusan universiti di Malaysia.
Biarkan mereka fokus menguruskan universiti masing-masing dengan cara dan buah fikiran kalangan intelek dan tokoh akademik tanpa birokrasi dan arahan atas yang melampau.

08/06/2015

PENDIRIAN DHPP UMPAMA LALANG DITIUP ANGIN

Tuhan tentu lebih suka kalau kita menang

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menggesa saf kepimpinan PAS sesi 2015-2017 agar memberi perhatian terhadap amalan fitnah, label-melabel dan tidak menepati janji.

Ketuanya, N. Balasubramaniam berkata, ahli dan pimpinan PAS mesti bersatu dan tenaga kerja ulama dan profesional mesti digabungkan bagi melawan musuhnya iaitu Umno BN.

07/06/2015

LAWAK MAT SABU : Kita lutut dia, siku dia, bila dia jatuh kita karate dia dan kita baca tahlil untuk DAP


LAWAK ORANG KECEWA !!!

KUALA SELANGOR, 6 Jun: Selari dengan keputusan yang diambil oleh PAS Pusat, Pengerusi Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan bahawa DAP hanyalah satu ‘parti kecil’.

Malah menurutnya, PAS kini sudah boleh membacakan doa arwah buat parti itu setelah Majlis Syura Ulama dan juga PAS Pusat memutuskan hubungan dengan DAP melalui usul yang dibawa oleh Dewan Ulama PAS Pusat sebelum ini.

“Jemaah kita semakin kuat. Lawan kita UMNO-BN, DAP tu jangan bimbang, dia kecil sahaja. Kita lutut dia, siku dia, bila dia jatuh kita karate dia dan kita baca tahlil untuk dia.

“Kalau tahun-tahun lepas kita baca doa laknat, tahun ini kita baca doa arwah sebab parti itu tidak berguna kepada kita, kita ada lutut, ada siku dan kita ada karate,” katanya seolah-olah menyindir ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini.

04/06/2015

MACAM MANA LAPORAN POLIS BOLEH BOCOR ???

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS PENGKHIANAT YANG TERLIBAT

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius tohmahan yang dilemparkan menerusi media sosial ke atas seorang pegawai SPRM kononnya pegawai berkenaan memiliki harta di luar kemampuan. 

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Rohaizad Yaakob berkata, SPRM ingin menjelaskan pegawai yang dimaksudkan hanya menyertai SPRM pada 1 Jun 2015 (Isnin) bagi menyandang jawatan Gred 44. 

“Malangnya, rumah beliau telah dipecah masuk pada hari beliau melapor diri. Pegawai ini telah membuat laporan polis berkenaan kejadian ini kelmarin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...