Translate

12/06/2015

Tahniah Universiti Malaya (UM) – IPTA (Ranking 29 di Asia)


Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA, IPTS? UM 29 Terbaik Asia! Apa Kata Pelajar, Bekas Pelajar dan Pensyarah?

Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA IPTS? Universiti Malaysia UM 29 Terbaik Asia! Apa Kata Pelajar, Bekas Pelajar dan Mahasiswa?
Bukan senang, untuk melihatkan kedudukan dan ranking universiti di Malaysia berada sama tinggi dalam senarai ranking universiti terbaik di Asia yang lain apatah lagi tersenarai dalam kalangan universiti terbaik di dunia pada hari ini. Syaratnya, orang politik kena kurangkan masuk campur dalam urusan pengurusan universiti di Malaysia.
Biarkan mereka fokus menguruskan universiti masing-masing dengan cara dan buah fikiran kalangan intelek dan tokoh akademik tanpa birokrasi dan arahan atas yang melampau.

Dan hari ini berita terkini yang mengembirakan kalangan akademik khususnya dari Universiti Malaya amnya dan rakyat Malaysia umumnya apabila buat pertama kalinya Universiti Malaysia (UM) berjaya berada di dalam kalangan senarai ranking 30 universiti terbaik di Asia sekaligus terus diangkat sebagai universiti terbaik Malaysia 2015 berdasarkan kajian QS Quacquarelli Symonds Asia.
Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA IPTS:
1. Universiti Malaya (UM) – IPTA (Ranking 29 di Asia)
2. Universiti Sains Malaysia (USM) – IPTA (49)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – IPTA (56)
4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – IPTA (61)
5.  Universiti Putra Malaysia (UPM) – IPTA (66)
6.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – IPTA (151-160)

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...