PAS PERLU MENGAMBIL PENDIRIAN YANG TEGAS DIDALAM PAKATAN RAKYAT.
Kupasan
juz ketiga hari ini berkait rapat dengan dua surah iaitu surah Al-Baqarah dan
surah Al-Imran. Surah Al-Baqarah pada juz ketiga ini, bermula dengan ayat 253
dan berakhir pada ayat 286 seterusnya di ikuti surah Al-Imran daripada ayat 1
sehingga ayat ke 91 sahaja.
Juz
ketiga dimulakan dengan beberapa aspek tarbiyah yang menyeru agar orang-orang
yang mengaku beriman kepada Allah membelanjakan harta mereka kearah kebaikan.
Allah
telah menjelaskan cara untuk menginfakkan harta serta Allah memberi anugerah
yang besar kepada orang yang berbuat demikian.
Namun
Allah mengingatkan bahawa segala pemberian termasuk sedekah akan terbatal dan
hangus segala pahala sekiranya orang yang membelanjakan hartanya
mengungkit-ungkit dan menyakiti perasaan si penerima.
Setelah
itu Allah mengingatkan umat manusia agar jangan terlibat dengan riba dan Allah
telah mengisytihar perang kepada sesiapa yang terlibat dengan sistem ini.
Sekiranya
seseorang daripada kita berhutang, maka tidak boleh sama sekali membayar lebih
pada kadar hutang yang ditetapkan oleh pemberi hutang, itu adalah riba yang
diharamkan.
Hutang
hendaklah mempunyai saksi dan ditulis secara jelas agar tidak disalah erti pada
waktu pembayarannya nanti.
Sementara
di awal surah Al-Imran pula, Allah memberitakan tentang sikap manusia yang
sangat cinta kepada anak-pinak, harta yang melimpah-ruah, wanita dan binatang
ternak.
Apa
yang lebih baik daripada semua itu ialah hanya takwa kepada Allah, tanpa takwa
perkara yang dicintai tadi boleh melalaikan manusia untuk terus mengabdikan diri
kepada Allah.
Allah
turut menegaskan bahawa antara pemberian-Nya di muka dunia ini ialah pemerintahan
sesebuah kerajaan.
Kerajaan
boleh ada sekelip mata dan boleh musnah sekelip mata dengan kuasa Allah.
Oleh
itu, dalam berkerajaan tidak boleh sama sekali kita melanggar perintah Allah
dan berpihak kepada golongan kafir dan sekutunya yang jelas tidak henti-henti
memerangi Islam.
Akhir
juz ketiga ini, dinyatakan tentang kisah Nabi Isa alaihissalam sejak hari
kelahiran baginda sehingga baginda menempuhi pelbagai ujian dahsyat dalam
menegakkan perjuangan agama Allah.
Baginda
juga telah memilih para Hawarinya yang sentiasa membantu bagi melicinkan
perjalanan dakwah dan seterusnya perjuangan dakwah Nabi Isa dan para Nabi lain
disambung oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.