Translate

30/06/2015

ISU DEMI ISU TIMBUL MENGIKIS KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN


SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan isu-isu besar yang melanda negara kini seperti krisis 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terbaharu isu yang membabitkan anak syarikat Majlis Amanah Raya (Mara), Mara Incorporated Sdn Bhd telah mengikis keyakinan rakyat  terhadap kerajaan.

Sehubungan itu kata pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, kerajaan pimpinan BN, mahu atau tidak perlu mencari strategi terbaik untuk memulihkan keadaan.


"Kerajaan BN perlu mencari solusi terbaik bagi mengelak keyakinan rakyat terus-menerus menurun," katanya kepada SinarHarian Online.

Sementara ketika ditanya bagaimana jalan terbaik untuk melakukanya, Azizuddin berkata, perkara itu terserah kepada kebijaksanaan kerajaan BN.

"Perlu buktikan yang kerajaan tidak terlibat dalam kes-kes tadi khususnya dari segi tuduhan penyelewengan.

"Hukum sesiapa yang terlibat, kena bina 'fresh image' untuk BN," katanya.

Mutakhir ini, negara dikejutkan dengan pelbagai krisis besar, bermula dengan isu 1MDB yang dikatakan berhutang melebihi paras yang sepatutnya dan ini termasuklah isu pembelian tanah oleh Tabung Haji yang terus mengeruhkan suasana.

Terbaharu, negara dikejutkan pula dengan pembelian hartanah oleh Mara yang dikaitkan dengan isu 'terlebih bayar'.

Keadaan politik di negara itu bertambah 'panas' dengan kritikan terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...