TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS PENGKHIANAT YANG TERLIBAT
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) memandang serius tohmahan yang dilemparkan menerusi media sosial ke atas
seorang pegawai SPRM kononnya pegawai berkenaan memiliki harta di luar
kemampuan.
Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Rohaizad
Yaakob berkata, SPRM ingin menjelaskan pegawai yang dimaksudkan hanya menyertai
SPRM pada 1 Jun 2015 (Isnin) bagi menyandang jawatan Gred 44.
“Malangnya, rumah beliau telah dipecah masuk pada hari
beliau melapor diri. Pegawai ini telah membuat laporan polis berkenaan kejadian
ini kelmarin.
