Dengan pemecatan ini, Majlis Syura secara tidak langsung menolak idea perpaduan yang diperjuangkan oleh Nasha. Suka atau tidak, ahlul PAS perlu akui bahawa tiada istilah perpaduan Islam yang menjadi dasar parti itu.
Mungkin penulis pernah beranggapan, bahawa fotonya bersama Perdana Menteri di Palestin adalah titik tolak pemecatannya di dalam Majlis Syura PAS. Namun, foto-foto sebelum ini di Mekah, ditambah pula dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri di hari persandingan anaknya sudah cukup untuk PAS berbuat demikian.
Apa sebenarnya motif pemecatan ini?