Rabu, 30 Januari 2013

Nasha Ikut Najib Dihina,Dicaci dan Dipecat-Nik Aziz Sambut Hari Jadi Bersama Karpal Dipuja dan Dijulang


Semasa isu Amanat Hadi hangat dibincangkan, Datuk Seri Hadi Awang (DSHA) membuat kenyataan meminta hak membela diri di media utama selama sejam. Kenyataan DSHA disokong oleh Datuk Nik Aziz (DNA) yang memetik sumber syara' dengan kenyataan Islam mewajibkan seseorang diberi peluang membela diri dan memperjelaskan diri sebelum boleh dihukum.

Saya tidak menafikan Islam mewajibkan kita memberi peluang membela diri kepada mana-mana pihak dalam apa-apa perkara yang membabitkan dirinya, apatah lagi jika hukuman akan dikenakan. Malahan ini adalah nilai universal & hak asasi & fundamental kemanusiaan yang diterima oleh semua masyarakata bertamadun!

Sebab itu saya mempersoalkan tindakan PAS memecat Ust Nasharudin Mat Isa daripada kedudukannya sebagai Ahli Majlis Syura', badan tertinggi didalam PAS.

Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik.

Tindakan memecat Ust Nasha dibuat tanpa beliau diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri!

Ini disahkan sendiri oleh Ust Nasha yang menyatakan beliau hanya tahu pemecatan beliau melalui media!

Ini bukan kali pertama PAS bertindak sedemikian. Dalam kes pemecatan tokoh pimpinan PAS Datuk Dr Hasan Ali, belaiu juga tidak diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri.

Saya melihat isu pemecatan Ust Nasha ini sekadar membuktikan betapa tidak Islamiknya PAS dalam amalan dan tindak-tanduknya.

Apa yang lebih malang, ia memberi gambaran buruk kepada agama Islam itu sendiri kerana sudah tentu non-Muslim akan melihat tindakan PAS seolah-olah dibenarkan agama Islam kerana mereka melabelkan diri mereka sebagai parti Islam!

Apakah ini akan mendekatkan lagi non-Muslim kepada Islam, apabila mereka melihat seseorang boleh dipecat dan dibuang tanpa notis & peluang bela diri?

Berbeza sekali dengan UMNO yang walaupun tidak menjubahkan diri dengan label Islam, tetapi mengambil tindakan lebih Islamik.

Contohnya semasa Anwar Ibrahim hendak dikenakan tindakan disiplin atas masalah liwat & moral yang rendah, UMNO memberi peluang kepada beliau membela diri didalam mesyuarat Majlis Tertinggi.

Tun Mahathir memberi peluang seluas-luasnya kepada Anwar untuk memberi penjelasan & meyakinkan Majlis Tertinggi UMNO mengenai kedudukannya. Selepas mendengar penjelasan Anwar, dan mengambil pendapat semua ahli MT yang hadir, UMNO membuat keputusan memecat Anwar atas masalah moral beliau.
Samada keputusan itu betul atau tidak bukan persoalannya. Isunya ialah Anwar diberi notis & peluang membela diri.

Tetapi Datuk Dr Hasan Ali & Ust Nasha bukan sahaja tidak diberi notis, malah peluang membela diri dan membuat penjelasan juga tidak diberi.

Malah sehingga hari ini, Datuk Dr Hasan Ali tidak tahu apa kesalahan beliau sehingga dipecat! 

Zulkifli Nordin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...