Translate

31/01/2013

Anwar, Hadi jangan fikir isu Nasha dapat tutup kontroversi Kalimah Allah!


Hello..hello, Ustas Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Hadi Awang jangan fikir dapat lepas tangan dalam isu Kalimah Allah yang hampir senyap sejak isu pemecatan Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama PAS.

Ketua Pembangkang dan Presiden PAS itu mungkin boleh rasa selesa sekarang kerana isu babitkan bekas Timbalan Presiden PAS tersebut dapat alih isu kalimah Allah yang belum selesai.

Elok ditumpu balik isu kalimah Allah kerana Nasharudin tentu sudah menjangkakan pemecatan tersebut dan kemungkinan disingkir dari PAS tidak lama lagi.

Disebalik semua itu, tentu ramai ingin tengok, antara mereka berdua siapa bakal ‘kecundangan’ dalam isu Kalimah Allah.

Yang pasti, kedua-dua pemimpin utama PKR dan PAS itu kini dalam dilema yang sama.

Anwar berdepan tekanan berhubung pendiriannya dan pakatan rakyat sama ada mahu menerima keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang menegaskan Kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible Bahasa Malaysia.

Manakala Hadi pula dengan tekanan apabila pakatan rakyat masih berpegang perakuan beliau pada 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.

Malangnya, majlis pimpinan pakatan rakyat belum bersidang untuk mendengar perakuan terkini Hadi selepas keputusan Majlis Syura yang disokong sebilangan besar pimpinan tertinggi PAS.

Mungkin Anwar dan pemimpin DAP sengaja membiarkan isu ini berterusan.

Jika PKR dan DAP mahu menyelesaikannya, tentu majlis pimpinan pakatan rakyat sudah bermesyuarat untuk mendengar perakuan terbaru Hadi.

Namun, melihat gaya Anwar terus menerus mengelak menyatakan pendiriannya berhubung keputusan Majlis Syura Ulama itu, pasti Ketua Pembangkang itu mahu terus meletakkan tekanan kepada Hadi.

Sekiranya Anwar dan DAP kekal berkeras dengan ketetapan Hadi pada 8 Januari lalu, bermakna pembangkang masih mahu membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah secara bebas.

Apapun, jika Anwar rasa beliau dan DAP boleh berkeras seolah-olah meletak beban pada kepala Hadi, PAS pula sanggup berpatah arang berkerat rotan jika PKR dan DAP tidak mahu menerima pendirian majlis syura tersebut.

Terbaru, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menunjukkan ‘jalan keluar’ kepada sekutu parti itu dengan pendirian menyerahkan kepada kerajaan pusat jika mahu mengambil tindakan terhadap pakatan rakyat khususnya PKR dan DAP jika masih mahu membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah secara bebas.

Sebabnya, PAS sudah pun tegas menyatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan sebagai terjemahan daripada perkataan God dalam Bible Bahasa Malaysia atau kitab bukan Islam yang lain.

Langkah itu mungkin kerana PAS tidak senang hati kerana Anwar menuding jari kepada kegagalan Hadi membawa ketetapan Majlis Syura Ulama pada 13 Januari kepada perhatian Pakatan Rakyat sebagai alasan pakatan itu tidak dapat mendokong keputusan badan ulama itu.

Bagi PAS, Anwar sudah memperkecilkan masjlis syura dan kepimpinan ulama apatah lagi Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula mendakwa, PAS dan majlis syura adalah entiti berbeza.

Harun nyata tidak puas hati dengan tintak tanduk Anwar dan menegaskan terpulang kepada Pakatan Rakyat jika mahu membelakangkan badan ulama itu.

“Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibatkan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,” tegas beliau.

“Kalaupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu meneruskan, ia terpulang kepada beliau, kerana kami berlainan parti,” katanya.

Harun berkata PAS tidak akan berkompromi dalam soal agama manakala kerjasama parti itu dengan DAP dan PKR hanya dalam bidang politik.

Tegasnya, jika Pakatan Rakyat mengusulkan Kalimah Allah bebas dipakai oleh bukan Muslim, ia menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk mengambil tindakan.

“Kerjasama (dalam Pakatan Rakyat) ini tidak sekali-kali melibatkan soal agama. Agenda kerjasama ini tidak lain kepada PRU13 semata-mata.Kalau mereka (PR) tegas nak guna juga, kerajaan Pusat menerusi Kementerian Dalam Negeri ada peranannya sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, tentu ramai ternanti-nanti peranan Hadi dalam menyelesaikan kemelut ini dalam konteks pakatan pembangkang.

Mungkin, lagi cepat majlis pimpinan pakatan rakyat bersidang, lagi cepat isu ini diselesaikan.

Namun disebalik semua itu, ada yang percaya Hadi sengaja berdiam diri dan membiarkan pimpinan ulama menjawab segala persoalan dibangkitkan Anwar.

Sebagai Presiden, beliau tentu sukar berdepan Anwar dan Lim Kit Siang untuk ‘tarik balik’ perakuan 8 Januari lalu.

Peluang terbaik Hadi adalah dengan membenarkan pemimpin majlis syura, dewan ulama dan pemimpin PAS Pusat ‘menekan’ Anwar supaya Ketua Pembangkang itu sedar dan faham bahawa PAS sudah bersedia untuk jual mahal menjelang PRU 13.

Inilah satu peluru untuk menumbangkan dua musuh.

Dengan ketegasan PAS dalam isu kalimah Allah, PKR dan DAP kena faham bahawa tanpa PAS impian Anwar ke Putrajaya pasti malap.

Selain itu, imej PAS juga sudah banyak tercalar kerana tindak tanduk DAP dalam isu agama Islam dan soal moral pemimpin PKR.

Lebih tepat inilah masa untuk PAS membalas dendam kepada kedua-dua sekutu mereka itu.

Itu anologi biasa tetapi bila lihat Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup sambut hari lahir dan potong kek di rumah Karpal Singh, silap-silap lepas ini Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib pula mungkin digugurkan kritikannya dan ketegasannya dalam isu kalimah Allah.

Justeru itu, tidak salah tunggu dan lihat apa skrip sebenarnya PAS dalam isu kalimah Allah ini -30/1/2013- OLEH ROSLAN BIAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...