Rencana ini merupakan suntingan semula dari kompilasi rencana dari pelbagai sumber yang diterbitkan oleh bigdogdotcom.wordpress.com yang menyentuh mengenai sejarah penglibatan Anwar dengan WAMY, IIIT, kaitannya dengan The King Faisal Foundation, SAAR Foundation serta di sebalik tabir penubuhan syarikat perniagaan Anwar di AS.
Semoga rencana ini memberi manfaat kepada saudara sekalian – AIDC
Anwar Ibrahim adalah tokoh terkemuka dalam kumpulan -kumpulan rangkaian Islam (Muslim Brotherhood) yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) dan sebahagian besar universiti-universiti yang dibiayai oleh penaja-penaja dari Arab Saudi.
Kumpulan-kumpulan Islam ini dikawal oleh rangkaian pasukan tertua dalam gerakan Kebangkitan Islam dari tahun 1970-an dan 1980-an.
Sesetengah sekutu tertuanya di Malaysia, termasuk Abdul Rahim Ghouse dan Wan Hasni Wan Sulaiman, telah terlibat dengan rangkaian ini, ketika masih menuntut di AS.
Selepas pembebasannya dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Anwar telah menggunakan ‘rangkaian Amerikanya’ itu untuk membantunya semula dalam pembinaan karier dan kewangannya.