Translate

16/02/2011

KJ perlu bertaubat

Go to fullsize image
Ketua Pemuda YB HJ Khairy Jamaludin telah menggemparkan negara dengan kenyataan beliau engenai amalan atau ritual yang dilakukannya setiap kali pada Hari Kekasih yang dikenali sebagai Valentine Day. 

Kenyataan KJ memutar belitkan sambutan dan cuti umum 1 January pada setiap tahun juga agak tersasar dari konsep sebenar. 
KJ cuba menjadi kanak-kanak nakal dengan memberi peluang untuk pembangkang menghentam UMNO dan kerajaan. 

Sebelum Pas menghentam KJ, eloklah TM menghentam KJ. Selepas ini tidak perlu ada sesiapa yang mempertahankan kenyataan KJ dan siaplah hujah sendiri untuk membalas serangan pembangkang. 

Ini bukan salah UMNO dan BN, itu pendapat peribadi KJ dan beliau harus bertanggung jawab tentang apa yang diperkatakannya.
Seperti isu ahli UMNO Puchong yang ditangkap berkhalwat dan Pas bukan main lantang mengkritik Umno. Ingat itu kes peribadi dan Umno tidak akan membela beliau seperti mana yang selalu dilakukan oleh Pas. 

Pas hingga hari ini menyatakan Mat Sabu tidak bersalah dalam kes khalwat di Hotel Perdana dahulu.  Ingat, Umno tidak seperti Pas yang membela pesalah. 

Begitu juga isu liwat dan isu skandal sex Anwar Ibrahim sebelum beliau dipecat. Pas dan DAP telah membesar-besarkan isu seks Anwar dan yang ganjilnya Pas dan Dap boleh buat U turn dan membela Anwar kononnya beliau dianiaya dan difitnah oleh pucuk pimpinan Umno. Pas dan Dap sudah lupa bahawa merekalah yang memulakan segalanya. 

Berbalik kepada kes KJ dan Valentine , harap semua kena faham, bahawa KJ dalam keadaan tertekan sekarang atas banyak hal.

MP Rembau baru baru ini telah dikritik oleh Chegu Bard PKR Rembau dalam isu Hospital Rembau. Chegu Bard menunjukkan batu asas yang usang dan menghentam KJ dalam isu hospital. 

Sebenarnya jarak Rembau ke Seremban adalah dekat dan ia memerlukan hanya lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Hospital Seremban. Oleh itu tidak releven jika Kementerian Kesihatan membelanjakan wang yang banyak untuk sebuah hospital di sana.

Baru baru ini Kj juga berhasrat untuk tidak mempertahankan kerusi MPnya, dan TM menghormati pendiriannya. Akan tetapi siapakah calon yang sesuai untuk diletakkan di situ.

Pada pengamatan TM , hanya Tan Sri Isa Samad lah calon yang baik untuk mewakili pengundi Rembau di Dewan Parlimen.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...