Translate

15/02/2011

Pertahan hak Melayu berdasarkan Perlembagaan


KUALA LUMPUR 14 Feb. – Rakyat diminta menghayati Perlembagaan dan syarat pembentukan Malaysia ba gi mengelak salah faham kedudukan kaum Melayu dan raja-raja Melayu yang dipersetujui 54 tahun lalu.
Pada masa sama, ahli akademik menuntut orang Melayu menghentikan sengketa sesama mereka bagi memastikan usaha memperjuangkan hak Melayu dapat diperkukuhkan.
Profesor Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Tek nologi Mara (UiTM), Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, ahli politik juga perlu berhenti mempolitikkan perkara menyentuh isu perkauman.
Katanya, sering kali isu tersebut dipolitikkan sehingga menimbulkan ketegangan yang membawa kepada perpecahan perpaduan kaum akibat daripada wujudnya prasangka.

“Ahli politik seharusnya mengeluarkan idea yang bernas serta bersifat kenegaraan dan membincang kan secara telus isu-isu pembangunan ekonomi dan pentadbiran negara,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.
Beliau diminta mengulas ucaptama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Ma hathir Mohamad pada Simposium Di lema Melayu Orang Melayu yang di adakan kelmarin.
Dr. Mahathir berkata, orang Melayu kini berada dalam dilema besar apabila tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu kerana bimbang dikatakan rasis dan tidak mampu mempertahankan dirisendiri kerana lebih banyak mengalah kononnya untuk mendapatkan ke amanan.
Menurut Ramlah, pertubuhan bu kan kerajaan (NGO) Melayu seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Mala ysia (Perkasa) perlu memainkan peranan dengan lebih aktif dalam menerangkan kepentingan dan hak istimewa orang Melayu kepada rakyat di negara ini.
Jelasnya, jika perkara tersebut da pat difahami semua pihak maka tidak seharusnya bangsa lain di negara ini berasa terancam apabila isu berhubung kepentingan Melayu dibangkitkan berdasarkan akta yang terkandung dalam Perlembagaan.
Sementara itu, Pensyarah Kolej Un dang-Undang, Kerajaan dan Penga jian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling berkata, orang Melayu kini hilang suara untuk menuntut ke pentingan mereka sendiri kerana ter perangkap dengan permainan politik yang diuar-uarkan parti pembang kang selama ini.
Lebih malang, katanya, terdapat segelintir orang Melayu menggadai kan maruah mereka demi mencapai kepentingan peribadi.
Jelasnya, ketika orang Melayu masih berada dalam dilema, bangsa lain terlebih dahulu bersatu menyuara kan nasib dan hak masing-masing tanpa mengira fahaman politik.
“Justeru itu, parti politik Melayu perlu berganding bahu dan menge tepikan perbezaan ideologi untuk memperjuangkan nasib bangsa.
“Dengan mewujudkan doktrin ‘ke serakanan’ Melayu, saya percaya parti politik Melayu dapat duduk bersama untuk membincangkan nasib bangsa mereka dengan lebih telus,” katanya.
Beliau berkata, pada masa sama generasi muda harus diberi kebebasan dan dipupuk semangat untuk memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu.
Pensyarah Kanan Kolej Peniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah pula tidak menafikan sekiranya orang Melayu menggunakan peluang daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB), kedudukan ekonomi mereka boleh melebihi daripada yang diperuntukkan.
“Bagaimanapun sikap orang Melayu yang sering menjaga hati orang lain menyebabkan mereka tidak dapat menggunakan peluang yang di berikan oleh kerajaan.
“Apatah lagi, DEB pada ketika itu tidak difahami sepenuhnya menyebabkan hanya segelintir orang Melayu mendapat manfaat daripada dasar tersebut,” katanya.
Justeru itu, Haim Hilman berkata, sudah sampai masanya mereka menyatakan dengan lebih jelas apa yang dimahukan dalam pembangunan ekonomi negara.
Katanya, menerusi pelaksanaan dasar yang cekap serta menggunakan strategi yang ampuh diharapkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Te raju) dapat membantu membangun kan ekonomi bangsa Melayu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...