Translate

17/02/2011

Percubaan Ketiga Anwar Mahu Gugurkan Kes Liwat ?

AIDCNews – 17/02/11 – Prosiding hari ini muncul kembali gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan kes, dengan menggunakan alasan terdapat bukti baru, kandungan awal borang pro forma yang diisi oleh doktor Hospital Kuala Lumpur mempunyai perkataan ‘cubaan meliwat’ dan ‘cubaan seks oral’.
Namun, bekas ketua, Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan memberitahu mahkamah bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu pasukan perubatan bahawa dia telah diliwat dan dipaksa melakukan seks oral.
“Dia (Saiful) tidak sebut ‘cubaan’ tetapi ‘liwat’ dan ‘seks oral’,” katanya.

Dr Khairul menjelaskan borang laporan itu hanya sebagai panduan dalam merekodkan sejarah daripada pesakit dan menurutnya dalam kes itu, Mohd Saiful dengan jelas memberitahunya yang dirinya telah diliwat dan diminta melakukan seks oral oleh seorang tokoh berprofil tinggi (Anwar).
Pakar HKL itu juga menafikan berlaku percanggahan dalam keterangan beliau di mahkamah berbanding dengan apa yang dicatatkannya dalam laporan yang disediakannya bersama-sama dengan dua lagi pakar HKL iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng
Manakala di pihak Karpal Singh pula menganggap bukti terbaru yang anak guamnya tidak bersalah dan mahukan kes ini digugurkan.
Sejauh manakah bukti terbaru yang berbentuk teknikal itu merupakan hujah yang kukuh untuk menggugurkan kes sehingga boleh menolak bukti-bukti lain termasuk kehadiran air mani Anwar di dalam rectum (dubur) Mohd Saiful ?
Adakah pasukan pendakwa, hakim Mahkamah Tinggi, Mahakamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bersependapat dengan Karpal mengatakan bukti baru itu hujah yang kuat untuk menggugurkan kes ?
Sebenarnya percubaan Karpal hari ini, jauh lebih lemah dengan dakwaan peguam veteran itu sebelum ini yang mendakwa Anwar tiada di tempat kejadian (alibi), iaitu Unit 1151, kondominium Desa Damansara. Namun peliknya sampai ke hari ini, Karpal tidak pernah menggunakan hujah alibi untuk menguggurkan kes. Klik di sini
Seandainya Karpal masih berpegang kepada bukti ‘cubaan’, adakah Karpal sendiri mahu menyanggah pendapatnya dahulu serta mengesahkan bahawa sebenarnya Anwar turut berada di tempat kejadian pada masa, tempat dan tarikh yang didakwa ?
“Karpal cuba membuat penolakan; mengatakan bahawa sebenarnya TIDAK ADA kes pun. Kerana liwat belum berlaku. Hanya cubaan liwat. Tapi kita perlu fikir semula; kalau hanya cubaan – maknanya Anwar belum ‘inzal’ (pancut); takkanlah air mani boleh bertahan di dalam rectum(dubur) untuk beberapa hari. Ini pun Karpal kena kaji semula”, kata blogger gelagat anwar. Klik di sini
Perbicaraan kes liwat pagi ini terganggu berikutan berlaku bekalan elektrik terputus kira-kira jam 11 pagi, sejurus selepas saksi kelima pihak pendakwaan Dr Seah Lay Hong dari Jabatan Kimia mengangkat sumpah.
Bagaimanapun bekalan elektrik pulih pada 11.10 pagi, namun mahkamah membuat keputusan perbicaraan disambung semula pada 2 petang.
Namun pada sebelah petang, mahkamah sekali lagi membuat keputusan menangguhkan prosiding sehingga esok, jam 8.30 pagi kerana sistem penghawa dingin masih tidak berfungsi.
Adakah dalam prosiding pagi esok, Karpal sekali lagi memohon untuk menangguhkan kes dengan alasan beliau mahu memfailkan pengguguran kes ?
Seperti stail lama sebelum ini, Karpal berusaha menghalang saksi seterusnya dari pihak pendakwa, pakar kimia daripada memberi keterangan dengan memohon kebenaran mahkamah untuk penangguhan sementara beliau menyediakan hujah pengguguran ? Klik di sini
Menurut rekod mahkamah, ini merupakan percubaan ketiga Anwar dalam proses menggugurkan kes.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...