Translate

14/02/2011

Kami Sudah Tahu Kenapa Anwar Perlekeh Batik Malaysia !!!!


!


AIDCNews – 14/02/11 – “Sampai hati Anwar perlekehkan batik Malaysia. Kasian pengusaha dan mereka yang terlibat dengan batik Malaysia. Apatah lagi kakitangan kerajaan yang memakai batik Malaysia sebagai pakaian rasmi mereka”, begitulah rumusan kami di AIDC ketika kali pertama mendengar ucapan Anwar memperlekehkan batik Malaysia, di Gedung Komunitas Salihara Jakarta Selatan, Indonesia pada 11 Oktober tahun lalu.

Kata Anwar, ““Mahu pakai batik Indonesia, dikatakan saya ini anti-nasional. Mahu pakai batik Malaysia, orang Indonesia bilang jelik. Sebab ciri kesenian itu cukup rendah. Dan saya setuju. Tapi saya tidak mahu sebut di Malaysia. Jadi, saya akhirnya memilih batik Afrika. Maknanya, kebebasan memilih. Kebebasan memilih untuk mengelakkan tafsiran berbeda.” sambil disambut sorakan dan gelak ketawa hadirin yang berjumlah hampir 250 orang.
Maksud di sebalik kata-kata Anwar ini dapat difahami bahawa beliau lebih berminat memakai batik Indonesia, berbanding dengan batik Malaysia, kerana batik Malaysia jelik dan tidak bermutu. Kerana bimbang dilabel sebagai anti-nasional apabila lebih memilih batik Indonesia, akhirnya Anwar memakai batik Afrika.
Apa agaknya reaksi golongan yang terlibat dengan industri batik yang kebanyakannya Melayu Islam apabila Anwar menghina sumber ekonomi halal mereka ?, soal kami di AIDC Reaveal. Klik di sini
Semalam, Awang Selamat di Bisik-Bisik Mingguan Malaysia [klik di sini] sedih dengan tindakan Anwar merendah-rendahkan batik Malaysia. Padanya, ia suatu penghinaan daripada seorang Ketua Pembangkang kepada semua yang terlibat dalam industri batik tanah air.
Hari ini, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mempertahankan industri industri batik Malaysia sebagai bernilai tinggi, penuh seni dan berciri antarabangsa.
“Hanya pemimpin mengkarung dan cicak kubin yang sanggup mengatakan batik kita rendah seninya.
“Anwar belum kenal agaknya pereka fesyen Itali, Jepun, Hong Kong dan lain-lain yang telah sekian lama menghargai tekstil batik kita dari sudut kualiti dan isian seninya,”, katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia. Klik di sini
Rais berkata, Ketua Pembangkang itu juga boleh dianggap sebagai seorang pemimpin yang jelek serta tidak mempunyai sifat imbangan seni dan kualiti kerana tidak tahu menilai dan menghormati pakaian nasional.
Bagaimanapun tegasnya, sikap Anwar itu bukan sesuatu yang menghairankan kerana sudah menjadi sifat semula jadinya yang suka putar alam dan mengadu domba untuk memudarkan imej negara sendiri di negara orang.
Malah katanya, politik ‘ikut sedap’ yang diamalkan Anwar itu hanya akan menyebabkan kejatuhannya terutama apabila PKR sudah kehilangan sokongan rakyat dewasa ini.
“Mungkin dia beretorik demikian atas desakan politik cicak kubinnya yang sentiasa berubah warna mengikut pokok yang didakap.
“Seperti dulu apabila dia bantai politik Yahudi-Amerika semasa di Kuala Lumpur tetapi apabila di Amerika Syarikat, dia perli Kuala Lumpur dan pemimpin kita.
“Sejarah politiknya seperti dunia ikan sembilang kerana menyegat di sini dan menggelepar di sana.
“Selepas ini Anwar bolehlah ke Nairobi atau Mozambique dalam adegan putar alamnya dan mula mencerna tekstil kain pelikat pula,” sindirnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...