Translate

14/02/2011

‘Ada Dalang Di Belakang John Mallot’ – PERKASA

AIDCNews – 11/02/11 – Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali mendakwa ada dalang yang karier politik sudah hampir mati berada di belakang John R Malott sehingga bekas duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia itu secara berterusan menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Tanpa menamakan sesiapa, Ibrahim berkata dalang itu dari Malaysia yang menggunakan tokoh asing untuk memburuk-buruk imej Najib dan negara Malaysia.
“Orang ini (John Mallot), saya fikir ada orang yang suruh dia buat ni. Mesti seseorang dari Malaysia yang meminta pertolongan daripadanya.Orang yang nak mati politik.
“Saya tak nak sebut siapa lah. Tetapi saya fikir seseorang di belakangnya, meminta pertolongan supaya memberi label dan gambaran negatif terhadap Perdana Menteri Malaysia”, kata Ibrahim Ali dalam sidang media di pejabat PERKASA, 9 Februari lalu.

Menurut Ibrahim, ini bukan kali pertama Mallot membuat kritikan terhadap Malaysia. Mallot pernah menyerang PERKASA sebagai ektrimis, kini menyerang pula Perdana Menteri dan konsep 1Malaysia.
Menurutnya lagi serangan bertalu-talu Mallot dengan label negatif tanpa asas itu membuktikan bekas duta AS ke Malaysia itu sebagai seorang yang ‘sakit’ jiwa
“Dulu, Mallot pernah buat kenyataan, saya tak ingat dah..(dah) selesai dah..tidak ada lagi kenyataan dari saya. Sekarang, dia buat lagi, yang saya kira lagi serius dan kita PERKASA berbincang panjang lebar. Dan kami membuat kesimpulan bahawa John Mallot adalah seorang yang sakit.
“Kami pinta dia perlu dibawa rawatan di pusat psikiatri”, kata Ibrahim Ali.
Mallot dalam artikelnya di Asia Wall Street Journal menuduh slogan 1 Malaysia adalah punca ketegangan kaum dan agama di negara ini.
“Kalau kita tengok dasar yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri (PM) sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, (tentang konsep 1 Malaysia) walaupun kami sokong kepimpinannya, (tetapi) kami, PERKASA tidak begitu gembira. Contohnya, berkaitan dengan agenda kepentingan Melayu dan Bumiputera.
“Tetapi Datuk Najib adalah PM untuk semua kaum. Jadi beliau mengurus untuk semua kaum yang menjadi warganega Malaysia.
“Jadi bila Mallot kata PM adalah punca ketegangan kaum dalam negara ini, saya turut bersetuju keputusan perbincangan PERKASA yang mengatakan dia (Mallot) adalah orang sakit. Orang sakit jiwa”, tegasnya lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...