Translate

19/02/2011

Ceramah Anwar Disambut Dingin

AIDCNews – 19/02/11 – Kalau 12 tahun dahulu, jika nama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi penceramah, maka berduyun-duyun rakyat akan membanjiri medan ceramah itu untuk mendengar sendiri apa yang bakal diperkatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Apatah lagi jika dikaitkan dengan kes liwat, rakyat mahu mendengar sendiri penjelasan dari mulut Anwar.
Namun senerio itu telah berlalu, kini nama Anwar Ibrahim bukan lagi menjadi daya tarikan untuk rakyat dan peserta menghadiri majlis yang dihadirinya, walaupun tokoh yang sama itu juga dikaitkan dengan kes yang sama, liwat, seperti 12 tahun lampau.

Terkini, pada 14 Februari lalu, walaupun nama Anwar Ibrahim sebagai penceramah dalam Forum Terbuka di De Palma Hotel Ampang, namun kehadirannya disambut dingin.

Forum yang dimaksudkan itu bertajuk “EGYPT AND tunisia – The Future of Middle East and the Muslim World”, di De Palma Hotel, Ampang, jam 8.30pm –10.30pm.

Walaupun publisiti telah dibuat secara meluas, termasuk di blog rasmi Anwar, twitter, facebook, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) namun kehadirannya amat mendukacitakan.

“Lebih kurang 60 orang sahaja yang hadir daripada jumlah 500 kerusi yang disediakan untuk malam tersebut dan rata-ratanya dikenali datang dari kawasan lain”, lapor blog suaraampangpoit yang turut menghadiri forum itu.
“Dikhabarkan ada beberapa media yang berada pada malam itu agak terkejut dengan sambutan yang dingin terhadap pemimpin Pakatan Rakyat tersebut.
“Daripada raut wajah Anwar Ibrahim yang berkerut jelas terpancar bahawa beliau agak tidak berpuashati dengan sambutan yang diberikan kepada beliau pada malam tersebut oleh penduduk-pendudk Ampang”, lapornya lagi. Klik di sini

Menurut blog itu lagi, seminggu sebelumnya, Anwar terpaksa membatalkan kehadirannya sebagai penceramah pada saat-saat akhir di AU5, Ampang kerana diberitahu kehadirannya sangat mendukacitakan.

Sudah tentu Anwar akan membatalkan penyertaannya, jika sambutannya amat dingin, kerana program itu menggunakan tema dan nama besar, “Program Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim”.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...