Translate

30/01/2017

MAHATHIR TAHU TAPI BUAT2 TAK TAHU > Skandal BMF, Maminco & Forex Bank Negara Malaysia

Walaupun Mahathir terus mempertahankan skandal beliau, perlu diambil perhatian bahawa tidak pernah dilakukan sebarang siasatan penuh sebenar ke atas skandal BMF, MAMINCO atau FOREX BNM.
Tidak seperti 1MDB, BPR (sekarang SPRM) dan PDRM juga tidak siasat. Juga tiada laporan khas Ketua Audit Negara yang diarahkan oleh Mahathir terhadap ketiga-tiga skandal ini.
Satu lagi perkara penting adalah bahawa tidak pernah ada sebarang perolehan semula wang yang hilang dalam skandal BMF, MAMINCO dan BNM. Semua dilupuskan dengan kerajaan menanggung sepenuhnya kerugian.

Kerajaan hanya pernah membiayai RM1 juta modal berbayar kepada 1MDB – dengan selebihnya dipinjam, kebanyakannya melalui hutang jangka panjang akan matang di antara 2022 hingga 2039. 1MDB sudah melakukan usaha penting untuk melakukan pemulihan dan mereka masih meneruskan usaha mereka untuk pemulihan sepenuhnya dan dijangka menghasilkan keuntungan apabila Bandar Malaysia dan TRX terus berkembang.

23/01/2017

ADAKAH DS HADI AKAN IKUT TELUNJUK DAP ???

Mahathir kata, masa telah tamat buat PAS untuk menyertai Pakatan Harapan. Mahathir sangat marah dengan PAS apabila PAS langsung tidak mengendahkannya walaupun berbekalkan gelaran NEGARAWAN bahkan PAS menggelarkan Mahathir sebagai SASAUAN.
Perlu diingat, jauh lebih lama sebelum wujudnya PKR atau Semangat 46, PAS adalah penentang Mahathir yang paling wahid. PAS cukup kenal Mahathir terutama selepas Mahathir memilih pentas PAS untuk menentang Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan kemudian apabila Tunku melepaskan jawatan, Mahathir mengerjakan PAS secukup-cukupnya.

22/01/2017

PENGHASUT BERSIRI BERMAHARAJA LELA !!!!

MCA hari ini menyifatkan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MCA pernah memohon jawatan timbalan perdana menteri adalah mainan politik bekas perdana menteri itu dalam mencuba meraihkan sokongan pada pembangkang.
Menurut Pengerusi Biro Keharmonian Agama, MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, sebenarnya partinya menyampaikan hasrat masyarakat Cina itu bertujuan ke arah penyelesaian masalah masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini.
“Ia sekadar proses penyaluran hasrat penyokong dalam amalan demokrasi yang sihat.
“Tun (Dr) Mahathir menyatakannya seakan-akan ia satu taboo semata-mata ingin provokasi sentimen dan emosi masyarakat Melayu seakan-akan MCA melakukan sesuatu yang salah dan DAP lebih mesra dan akur pada senstiviti orang Melayu.
“Tun (Dr) Mahathir banyak salah fakta. (Datuk) Loke Yuen Yow bukan timbalan menteri pada masa itu.

18/01/2017

Kongsi Hidup Dengan Merpati

MARANG - Bekas Ketua Balai Polis Marang, Hussein Johari, 63 th, tidak pernah terfikir akan berkongsi hidup dengan seekor burung merpati liar kini menjadi jinak selepas mengubati kaki unggas itu yang patah.

Hussein masih ingat saat dia mula-mula menemui merpati diberikan nama ‘bird’ itu dalam keadaan lemah di tempat letak kereta dalam kawasan perumahan polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang November lalu.

Merpati yang kelihatan lemah, kotor dan tidak mampu terbang serta nyaris menjadi menu sekumpulan kucing liar cedera di bahagian kaki kanan dan dibawa pulang ke rumah untuk diubati.

Hussein sebelum ini menetap di perumahan polis kerana isterinya masih berkhidmat dalam pasukan.

Tetapi, itu kisah lebih dua bulan lalu dan kini kaki ‘bird’ sudah pulih sepenuhnya namun burung merpati itu tetap enggan meninggalkan Hussein walaupun diberikan kebebasan untuk kembali ke habitat asalnya.

14/01/2017

MUHYIDDIN TIADA TEMPAT DIHATI ORANG MELAYU ??

Mahukah Cina Undi "Melayu Dulu, Malaysia Kemudian"?

Muhyiddin dengan bangga mengisytiharkan bahawa dalam PRU14 tidak akan ada seorang pun pengundi Cina yang akan mengundi BN - kata-kata yang keluar dari mulut Presiden sebuah parti yang hanya meletakkan kaum selain Melayu sebagai ahli bersekutu sahaja.

Persoalannya, dengan latar belakang yang sebegitu, mahukan pengundi Cina memberikan undi mereka kepada parti Muhyiddin?

Ini belum lagi dibukakan persoalan bahawa dalam PRU14 yang akan datang, pertembungan 3 penjuru di banyak kawasan hampir tidak boleh dielakkan dan bila keadaan ini berlaku, sudah tentu yang akan menang ialah BN.

Sejarah sudah membuktikannya bukan sekadar kata-kata.

Jangan juga kita lupa dikala pengundi cina sedang menjauhi PAS, Muhyiddin pula cuba mendekati PAS, sekali lagi persoalannya, adakah pengundi cina akan memberikan undi mereka kepada Muhyiddin?

Oleh yang demikian, lebih baik Muhyiddin menumpukan dulu kepada menyelesaikan masalah partinya yang masih huru hara itu sebelum bercakap benda yang dia tidak pasti mengenainya.

Khabarnya Muhyiddin sendiri tidak akan bertanding di Pagoh sebaliknya pergi ke kawasan yang lebih selamat, mungkin dimana DAP kuat. Setakat itu sajalah kelebihan Muhyiddin pun.

Sumber: Balqis Sheikh

08/01/2017

SAH MAHATHIR HAMPIR GILA ???

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "gila" apabila mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadikan Malaysia negara asing.
"Dia gila. Kita jual tanah kepada kedutaan untuk buat bangunan kedutaan. Syarikat luar untuk membina projek mereka, ini bukan satu kesalahan.
"Sedangkan sebelum ini banyak juga tanah telah dijual ketika zaman Tun Mahathir lagi. Kenapa dia tidak fikir pasal itu masa dia jual tanah," soal Nazri.
Nazri berkata demikian selepas hadir pada acara gemilang persembahan gendang 24 perayaan bagi mencipta rekod Malaysia Book of Records di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tsun Jin, Kuala Lumpur hari ini.

07/01/2017

488 Syarikat Milik Mahathir & Anak-Anak, Masih Tak Cukupkah?

Mahathir pernah mengadu kepada para penyokong dan pentaksubnya, kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak telah menganiayainya apabila pembantu dan tukang masaknya diberhentikan kerja. Mahathir cuba menggambarkan betapa sukarnya kehidupannya apabila keistimewaannya – walaupun masih banyak keistimewaan lain dinikmati tanpa rasa bersalah – ditarik balik.
Dan isterinya, Tun Siti Hasmah juga menggunakan naratif seorang wanita yang penuh kasih sayang, cuba menggambarkan nasib yang telah menimpa tukang masak dan pembantu rumah mereka yang telah ‘diberhentikan’ kerja walaupun telah berpuluh-puluh tahun bekerja di bawah Mahathir-Hasmah.
Mahathir dalam ceramah-ceramahnya selepas bergelar Pengerusi Cap Bunga sentiasa cuba menggambarkan kesusahannya. Dia membandingkan dirinya dengan Najib Abdul Razak yang dikatakan mempunyai wang berjumlah RM2.6 bilion di dalam akaun, manakala dia pula tidak ada duit. (RUJUK SINI)

03/01/2017

Muhyiddin Sanggup Berbohong Demi Mahathir & DAP?

Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah merupakan satu skim pembahagian bantuan kewangan kepada golongan sasar secara lebih berkesan dari pemberian subsidi kepada seluruh rakyat Malaysia.  
Sebelum ini, subsidi, contohnya subsidi minyak yang diberikan telah memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun, perbelanjaan untuk subsidi minyak adalah terlalu besar dan manfaatnya tidak dapat dinikmati secara adil oleh rakyat Malaysia berpendapatan rendah.
Sebagai contoh, pemberian subsidi minyak memberi lebih manfaat kepada golongan berpendapatan tinggi kerana mereka menggunakan kenderaan yang menggunakan lebih minyak berbanding dengan golongan berpendapat rendah yang kebanyakan menggunakan motorsikal untuk bergerak:

Wang subsidi yang dimansuhkan ditukarkan ke dalam bentuk BR1M dan diberikan kepada golongan yang lebih layak menerima.  Untuk menerima BR1M, seseorang pemohon itu perlu membuktikan bahawa beliau layak menerima.  Rasuah apa yang perlukan permohonan dan pembuktian kelayakan?
Itulah sahaja modal yang Mahathir ada untuk menghentam kerajaan.  Lain-lain isu yang diketengahkan oleh Mahathir adalah isu lama yang telah dijawab tetapi dimainkan semula sehinggakan Mahathir berbunyi seperti sebuah radio karat.

Untuk menguatkan hujah beliau, beliau memerlukan sokongan para pemegang jawatan Pribumi.  Maka, yang lantang menyokong beliau tidak lain tidak bukan ialah anak beliau sendiri, Mukhriz.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...